::Putaran Bumi::

Tuesday

Angan-angan bertukar impian

hari ini.. aku cuba buat aku punya wish list..
apa yang aku nak buat sepanjang sem baru ni..
so dat aku tak tersasar jauh dari persimpangan.. hehehe..
angan-angan aku ni bakal aku tukarkan kepada impian... amin...

1> aku nak dapatkan pointer gempak dari pointer-pointer aku sebelum ni..
2> aku nak jadi diri aku yang lama.. hahaha.. no more faking.. (dont ask which part what i means)
3> aku nak try showing off.. bukan berlagak tapi mencapap a.k.a menonjol diri dengan lebih karisma.. asyik duk   menyorok belakang orang jer..
4> aku nak enjoy apa yang telah aku miss sepanjang aku duk kat univ ni..
5> aku nak belajar kenali hati budi KO!!!.. 
6> aku nak cabut gigi yang 2 bulan aku simpan... takut punya pasal.. muhahaha.. (still sakit skrg)..

hope apa yang aku angankan ni jadi kenyataan laa.. bukan sekadar melepaskan batuk ditangga rumah flat jer...

aperpun..

LOVE & PEACE!

Monday

New Place New Style

kenyataan yang ku tak dapat terima adalah dipaksa berpindah bilik..
setelah berkurun bertapa kat ruang bilik too.. akhirnya semester ni aku kena keluar dari daerah pertapaan itu..
aku kuciwa.. sodeh.. tetapi..


KINI tidak lagi....


dengan bilik baru ini, dapatlah aku wireless 24hours.. hehehe..
bilik lama aku tak dapat wireless. tak sangka plak bilik baru ini dapat wireless..
malahan aku mendapat jiran satu Malaysia.. kiri bilikku jiran berbangsa india, kanan bilikku, jiran berbangsa cina.. (memang 1 Malaysia)..


meskipun mereka memekak 12jam sehari..
dengan dapatnya jalur lebar kat bilik aku..
aku dah tak peduli semua itu... hahaha..


hari ini start kelas... tapi rasa macam malas nak pergi..
ok! sambung tido.. muhahaha....


Saturday

Goodbye Home Sweet Home

Pejam celik..
Pejam celik..
dah sebulan dah aku bertapa di rumah mencari ketenangan menghabiskan sisa percutian sepenuh masa..
sememangnya cuti kali ini agak membosankan untuk aku tetapi ada jugak waktu gembiranya, tak perlu laa aku cerita satu-satu waktu gembiranya.. nanti bosan pulak orang membacanya..

Esok aku akan berangkat pulang ke tanah air ku di Oslo, New Zealand.. Poyo lebey. At the same time I can't wait untuk pulang ke tanah airku itu.. hahaha.. bermacam-macam perancangan aku dah set kan..

Lepas ini aku akan merindui motor buruk yang tersedut-sedut yang selalu menumpangkan aku, banjir yang membuatkan aku tak boleh keluar rumah 2 minggu, paling utama adalah perjalanan yang hebat berlegar-legar disekeliling Mydin Mall... muhahaha...

Sayonara Home Sweet Home....
Malam ini Boeing 747 akan membawaku pulang ke tanah airku....


Thursday

Black & White Photo Contest



huhu... last minit punya entry..
hopefully sempatlaa nak masuk contest ni..
tarikh tutupnya 25 November 2009 pabila SANTA CLAUS menjerit HO HO HO..
dengan erti kata lain malam ni kul 12.00 tengah malam maka tutup laa tarikhnya... hehehe...
contest ini dianjurkan oleh tuan punya blog: EZZAN YUSOP

ku pilih pic ni masuk black n white photo contest, huhuhu......


tuan empunya blog kata aku perlu menjadi main attention...
dalam pic ni aku rasa aku laa main attention..
so person yang paling catch attention too adalah aku lagi dua orang too adalah rakan merangkap adik serumah aku!.
ni pic masa baksis bulan lepas di Kampung Perit, Perlis.
Memang best baksis too, aku plak dapat rakan serumah yang sempoi dan memang kaki layan..
memang teringat segala kejadian "nakal time too"..
thank you guys!!
you are the best!!




Sunday

Home Alone


Dah 4 hari aku menyendiri di rumah..
semua orang blah pulang ke bangi..
sangat membosankan, itulaa saper suruh tak nak ikut.. tapi yang bestnya, aku spent time aku selama 4hari ni dengan meronda Kuala Terengganu dan lagi best aku menghabiskan hari-hari yang lepas dengan berpusing ke seluruh pasaraya yang ada tanpa membeli apa-apa. bak kata kaum wanita, pergi window shopping. hak3. sebut sajer pasaraya kat Kuala Terengganu ni yang aku tak pergi... semua dah jejak.. :P


Bila aku fikir balik cara aku menghabiskan hari-hari aku itu.. sangat kelakar rasanya.. aku macam tidak percaya aku boleh hidup macam tu selama 4hari. hever done that before in my entire life. not talking to anybody except typing mesej, blog, FB, FS.. huhuhu... 


tapi kan.. pejam celik, pejam celik... dah tak lama dah waktu cuti aku... hanya tinggal beberapa hari jer lagi sebelum aku pergi menyambung perjuangan aku yang belum selesai.. ceeewaaahhh!! ayat!!
Aku dah tak sabar nak kembali semula ke habitat aku yang jauh nun di utara tanah air. Apa khabar agaknya di sana??


Friday

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431

Hari ini masuklah kita ke bulan baru hijrah 1431. Apakah azam tahun baru anda semua?? semoga azam anda tahun lepas takder yang postpone tahun ni.. aku pun postpone cakap kat orang. Semoga azam anda akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini... 


Di sini aku sertakan doa awal tahun dan akhir tahun beserta maksudnya sekali.. rajin-rajinkan diri membacanya..
Harus di ingati:


# Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
# Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu       Maghrib.








'~SALAM MAAL HIJRAH 1431~'


Wednesday

Between Right or Wrong Decision

Antara Anyer dan Jakarta 
kita jatuh cinta...
Antara Anyer dan Jakarta..


tetiba lagu ni yang duk aku nyanyi!!.. hehehe..
tak ada langsung kaitan dengan entri ni, cuma aku suka jer kiasan yang disandarkan di situ..

Semua orang perlu membuat keputusan dalam hidup dia.. Kekadang memedihkan, kekadang ia merupakan satu langkah bijak. Aku sememangnya tak suka membuat keputusan kerana aku merasakan ada pihak yang akan makan hati. I hate this part. Akan tetapi aku harus sedar, LIFE IS A LIFE... must go on and don't look back on your past decision.. 


Aku sedar selepas keputusan ni aku lakukan, akan ada yang tertanya nanti kenapa aku buat macam tu, i will say nothing about the reason behind it. Aku harap mereka tertentu akan menerimanya dengan hati yang terbuka. sememangnya apabila seseorang yang membuat sesuatu keputusan itu, mereka bukan melakukan dengan sewenang-wenangnya, sebenarnya mereka telah berfikir semasak-masaknya, telah menilai baik dan buruk terhadap diri mereka. Mungkin ayat ini terdengar akan seolah-olah aku macam mementingkan diri sendiri. Hakikatnya I HAVE TOO, there is no other option for me... 


HOPING THAT I WILL NOT REGRET WITH MY DECISION...

nota kaki: apa yang aku merepek ni... korang baca jer laa...   

Sunday

Sayang Lelaki itu...

tajuk mahu gempak.. tapi apa ada pada tajuk? sekadar melariskan cerita..
ok! back to the topic...

sebenarnya aku cuma mahu berkongsi cerita dari satu persoalan...
SALAHKAH LELAKI MENYAYANGI LELAKI?
memang tajuknya agak klise tapi apa yang aku ingin katakan di sini adalah sayang sebagai kawan. tak kisahla sayang sampai tahap kembar siam pun.. selalunya perempuan memang tak boleh terima apabila lelaki mengutarakan perasaan sayangnya pada lelaki lain. Ayat akan keluar usually "EEUUUWWWW!! SOUND TOO G**".. what's the problem?? salahkah seorang lelaki mengutarakan rasa sayangnya pada sahabat beliau?. Takkan dengan meluahkan rasa kasih sayangnya, otomatik dia akan berubah sexual orientation... takkanlah kasih sayang hanya untuk awek atau family jer kot.. banyak lagi kasih sayang yang boleh diluahkan oleh seorang lelaki, even pada kawan-kawannya. 

Bagi aku benda ni tak der salah langsung, aku dah biasa melihat perkara ini. Bukannya mereka nak buat benda yang melampaui batas agama pun, cuma mengutarakan rasa sayangnya pada sahabat. Kekadang manusia mahu dihargai, ini juga salah satu penghargaan dari seorang sahabat yang menganggap dirimu amatlah berharga.. macam iklan laa plaks. Kekadang aku merasakan mentaliti orang zaman sekarang ini terlalu ortodorks. Tak dapat terima sesuatu pembaharuan.

so untuk mereka di luar sana yang berfikiran sempit.. lantak korang laa nak cakap apa pun...  aku cuma nak cakap:

AKU SAYANG KAWAN AKU!!! HUG!!!                      **(biar meremang skit bulu roma korang)

Friday

Kerisauan Melanda Diri...


Cemas...
Pening...
Risau...
Tak boleh nak tidur...


Tak keruan dibuatnya bila dapat tau hari penentu masa depan kita dah menjelma...
still dont know what to do even there is a lot of thing that i can do right now...
everything seem not to be working really well...


kalau laa boleh aku nak juga intai result exam aku, entah berapa biji A aku dapat.. berapa biji B aku dapat.. Kalau dapat D??? arrghh... mintak dijauhkan.. aku tak mau apa2 pun berkaitan dengan huruf tu sekarang..



Tapi apa pun, like other people said... "kita mesti berjuang hingga ke titisan nanah darah terakhir"... never give hope easily... 


right now, aku hanya dapat berdoa moga result exam aku OK!... bukan setakat OK! tapi meningkat... demand lebey plaks.

**(crossing my hand)**



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...