::Putaran Bumi::

Thursday

Salam Aidiladha dari Perantauan

Raya Aidiladha baru jer settle kelmarin...
Kali ni buat 1st time dalam sejarah hidup aku, aku tak beraya kat rumah, tapi dekat my second home (kolej aku daa)..
Mula-mula (aku tak nak tipu la) memang aku rasa inilah raya yang paling tak best sekali dalam hidup aku...
Akhirnya it was turn up to be one of my memorable moment ever and I will cherish it!!

Actually we spend our quality time at Jitra, my junior's house. Since his family pergi Norwich, so kami boleh laa menggunakan rumah itu sebagai tempat berlindung sempena hari berbahgia tu. 

We all do really enjoy it, cooking together, laughing, eating, watching, cursing, wearing baju raya etc.. :D

Seriusly, bila kami pergi mall or mana-mana tempat kunjungan ramai orang, kitaorang jadi center of the attention (terdapat unsur-unsur riak di sini).. mana tidaknya, semua berbaju melayu lengkap dan bersampin. Paling tak leh blah, pakai sampai malam.. hahahaha... APE PUN, pedulik dengan apa orang fikir.. yang penting kita ENJOY!..

YEAAHH!!! Enjoy!, especially tengok makanan yang hampir-hampir siap di masak oleh chef Sopie dan juga di bantu oleh si kuat tido, Faizal. hahaha.. yang lain, Remen,  Rizal n Me tolong hidang, makan dan cuci mencuci!.. 
Spagetti!! (mmg turn on abis selera)
Spagetti pnya kuah
(nampak mmg tak sedap, tapi bila makan, mau tambah lagi)
Kuih Raya Haji.. :P
kat atas tu, hidangan kami di hari raya,.. memang delicious habis... hahaha!!.. ini baru sikit, ada lagi sebenarnya... Owh lupa plak!!.. ni semua adalah hidangan dari air tangan para TERUNA BUJANG.. 
kek yang dah kena karate..
Yang kat atas ni kek sempena hari jadi Faizal.. Sebenarnya, hari jadi dia sehari sebelum raya qurban, tapi kami sengaja mengSUPRISEkan dia dengan menyambut lewat sehari. hahaha....

Even though, we all enjoying our raya, tapi study tak lupa.. alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang betul-betul menyokong rakan mereka. Malah bersaing secara sihat... hari tu jugak, selang seli dengan mood raya, ada jugak perbincangan tentang subjek pelajaran, meskipun aku bukanlah sebahagian daripada batch mereka (aku senior, mereka semua junior). Mereka tetap menolong aku...

Arigatoo Kawan-kawan for a wonderful day..

Vetto!!!

Wednesday

Meggi Simpson

Haa.. ape korang duk fikir?.. Kartun Simpson la too kan.
bukan Meggi ni laa, 
tapi Meggi ni ha... kat bawah ni


adoyaii!!...

Dah beberapa hari dah aku asyik makan benda ni jer pagi petang.. sebab nak jimat duit. sebenarnya aku bukanlah HUGE FAN meggi ni, mama aku (serius) tak pernah ajar pun anak-anak dia makan meggi sejak dari kecik lagi. Jadi, aku dah biasa say NO to meggi. 

Tetiba aku jadi naik risau dengan meggi ni, nak tau kenapa?....
  • Walaupun dia high kaborhidrat tapi dia low fiber, vitamin dan mineral
  • Boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, sakit buah pinggang even kanser.. T_T.
Kajian dah dibuat, baik dari Malaysia or Amerika yang Meggi mempunyai natrium 1000 milligram. Kompem korang tak faham.. Natrium atau lebih glemer nama dia, Natrium klorida, yang juga femes dengan nama garam biasa atau garam makan, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Benda alah ni jugak di guna sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin dan MEGGI.. 

Kajian mengatakan seseorang kanak-kanak umur 4 tahun dan dewasa memerlukan hanya 2400 milligram sehari... Aiiiyaaakkk!! matilaa.

Aku ada gak google pasal cara terbaik nak masak meggi, tak tau laa betul ke tak.. cari sebab terpaksa, coz poket tengah kering sekarang ni. Ni caranya, (dah macam chef kelas memasak dah aku ni).

Cara masak meggi yang betul:
  1. Merebus mi dalam periuk dengan air.
  2. Setelah mi dah masak, keluarkan mi, dan membuang air yang mengandungi lilin.
  3. Didihkan satu periuk lagi air panas dan masukkan mi ke dalam periuk tu sehingga ia mendidih pastu jangan lupa plak tutup api, amuk plak mak korang..
  4. Bila api dah tutup dan semasa air tengah-tengah panas tu, masukkan bahan-bahan lain.
  5. Tapi kan, jika korang makan mi goreng, korang kuarkan mi dan letaklaa bahan-bahan tu
Ni adalah sebab kita nak buang wax a.k.a lilin kat mi tu haa.. korang mesti perasan bila letak mi dalam air mcm ada putih-putih. tu wax laa.. kalau nak ilangkan wax ni dari badan, ia mengambil masa 4 hingga 5 hari.. (x_X).

Pastu satu lagi dengan cara ini, kita mengelakkan MSG bertukat jadi racun. MSG ni stand for Monosodium Glutamate yang berperanan menjadikan perisa benar-benar tulen. kalau silap cara masak, ia boleh membuatkannya menjadi racun. 


DINASIHATKAN MAKAN MEGGI 3 KALI JE SEMINGGU 
ATAU 
JANGAN MAKAN TERUS LAGI ELOK!!..


++ Kalau ada salah pasal info kat atas, tolong betulkan saya..

Sunday

Banjir + Cuti = Study

Poning laa... Sekarang musim banjir kat negeri Kedah ni haa.. seriusly, mmg teruk laa teramat, even nak gi Alor Star pun amik masa sampai 2-3 jam.. tak caye? amik ko!...
Ni kat Pekan Jitra
Pekan Changlun yang terindah.. X_x
Laluan ke UUM
Kan dah cayer... aishh!!...
Banjir punya pasal, aku pergi balik Alor Star sampai 9 jam.. 
Ko bayangkan 9 jam dalam kereta dan dalam 5 jam duk kat satu tempat tak bergerak coz of traffic jam..
Time too memang macam-macam bunyi ada dalam kereta..
siap boleh pulak duk nyanyi macam-macam lagu.. (kebetulan petang too, sinar pasang lagu baik punya!!), apa lagi MELALAK laa!!.. hahaha...
aku ingat lagi pakcik yang drive kereta sebelah aku, pandang semacam je kat kitaorang.. hahaha. SORRY PAKCIK!!.. tetiba teringat lagu cambest Sorry Sorry - Super Juniors..

aper pun, bak kata kawan-kawan aku, itulah pengalaman... pasni leh laa citer ke anak cucu.. hehehe..

SEKIAN TOPIC BANJIR..

Masuk plaks TOPIC CUTI & STUDY,

Disebabkan dah banjir, UUM jadi darurat, final exam yang sepatutnya just around the corner iaitu pada 8 November 2010 telah dianjakkan kepada 21 November 2010. Aku punyalah tension, sebab aku punya paper habis awal, tetiba menjadi paper yang paling last habis... (12 Disember 2010) grrr!!!.. tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat bercuti.. hehehe... 

Since, aku memang kaki malas study.. aku decide tak nak balik rumah sebab kalau kat rumah WAJIB!! takde harus atau makruh aku tido, makan & tengok TV... 

Sekarang! tinggallah aku sengsorang di kolej kediaman aku!!.. 
Apa yang perlu aku buat ialah AKU PERLU TEGARKAN DIRI AKU..!!

PEACE!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...