::Putaran Bumi::

Tuesday

Estranged New Released Single TODAY:: Pengganti


Estranged memang tahu bila peminat dia dahagakan muzik dia. hehehe. Aku tak nafi yang aku memang peminat diaorang la. Diaorang punya muzik memang kena dengan jiwa aku bila tengah marah. Kiranya bagi aku muzik diaorang boleh bawa mood aku dari kemarahan kepada mood yang lebih positif. Ini yang dikatakan terapi melalui muzik. Sesetengah orang memerlukan muzik yang sedih untuk merawat luka yang terpendam. ayat tak leh blah. Kiranya ini terpulang pada citarasa masing-masing ok!.

Kembali pada topik asal....

Estranged baru sahaja keluarkan video single terbaru mereka bertajuk PENGGANTI pada jam 12 tengahari tadi. Lagu ditulis oleh Estranged dan lirik ditulis oleh Rich. Seperti biasa... Estranged memang tak pernah menghampakan peminat diaorang. Aku memang adore habis video muzik terbaru diaorang. Bagi aku video diaorang mempunyai nilai kreatif yang setanding dengan luar negara. 

Lagu Pengganti ini sebenarnya berkenaan dengan perjalanan seorang profesor ke alam yang berbeza bagi mencari dirinya bagi menggantikan dirinya di alam yang satu lagi. Setakat pemahaman aku berkenaan lagu ni. Ia berkenaan konflik seseorang yang masih tercari-cari siapa dirinya dan pada masa yang sama berharap dapat mengeluarkan dirinya yang sebenar. Aku dah ulang 2-3 kali video ni dan sekali sekala timbul juga rasa bangga dengan hasil air tangan rakyat Malaysia. Aku bangga jadi Anak Malaysia!.

Korang juga boleh melayari laman web Estranged untuk maklumat lanjut pasal lagu ni atau nak download lagu ni dan letak dalam handphone korang!. ESTRANGED 

Ni Single terbaru berserta lirik dari Estranged. Bak kata Fara Fauzana, "Layan!!":


PENGGANTI

Dia sebaris, tenggelam
dan wujud hanya di dalam
ku tau kalau sebenar.
dia tercipta kerana
ku masuk dan keluar
kau tau kalau sebenar.
beralih oh dari kenyataan
terjaga tapi seperti masih bermimpi

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

mindaku pun berkata
soallah jawapan mu
tau yang ianya salah.
diriku berbalas
berani menjawab semua
dan tau apa kena.
oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
ditangguh terlalu lama ohoh

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

oh selamatkannya
dan oh relakanlah
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

Monday

Kenapa Aku Lama Tak Blogging?


Baru-baru ni serius aku dapat banyak mesej takder la sampai 20 tanya kenapa lama tak update entri. Terharu jugak bila terima mesej macam tu. Walaupun mesej tu sekadar bertanya tetapi ternyata masih ada yang ambil tahu pasal kita dan apa yang kita tulis. Di sini aku senaraikan sebab aku dah lama tak blogging.. 

  • Aku malas nak blogging sebab asyik tengok muka korang jer yang komen.
  • Aku malas nak blogging sebab aku rasa tidur lagi best.
  • Aku malas nak blogging sebab aku rasa aku otai.
  • Aku malas nak blogging sebab aku masuk akademi fantasia. (duk dalam umah kaca mana boleh keluar).
  • Aku malas nak blogging sebab Yuna tak datang melawat blog aku.
  • Aku malas nak blogging sebab aku sibuk jadi sukarelawan pergi Jepun.
  • Aku malas nak blogging sebab aku memang malas.
Korang pilih la mana-mana alasan yang korang rasa sesuai dengan aku. hahaha... 


p/s: kepada sesiapa yang bertanya, TERIMA KASIH BEBANYAK... 

Sunday

Jam Volkswagen :: Bavarian Crono Beetle Series (Karmann Ghia)

Aku memang boleh kata minat habis kat jam tangan. Kemudian seperti biasa aku pusing-pusing dalam dunia tanpa sempadan ni, aku terserempak dengan jam ni. Sumpah! aku jawdroppin'. Aku dah angau nakkan jam ni tapi aku rasa macam takde di Malaysia. T___T.

Saturday

SyedGrapiX Birthday List::Apa Aku Buat Ni?


Adeh! macam tak percaya, aku masuk ko punya list!. Sokong kawan-kawan punya pasal aku sanggup jer. 


1) Follow Aku? :: 
Berkurun dah aku follow ko, aku rasa ko mesti dah bosan tengok nama aku!. XD

2) Buat entry dalam tu nyatakan tarikh lahir/hari/waktu/saat. :: 
15 APRIL 198(X)an. (kiranya aku muda lagi la, lahir dalam tahun 80an kan).

3) Dalam entry tu korang nyatakan apa hadiah yang korang nak sangat masa birthday :: 
Aku nak new blackberry sebab handphone lama aku dah macam tak betul sikit!. 
Sebijik kereta (kalau boleh VW..hehehe) sendiri sebab sekarang ni aku hanya menumpang berteduh di bawah bumbung kereta orang. 
Aku nak jam tangan baru sbb jam tangan aku dh putus tali dan terdampar atas meja ni.
PALING PENTING
Aku nak dalam keadaan sihat sehingga ke next birthday aku..
+
sedikit keyakinan, keberanian dan sedikit keras hati dalam melaksanakan kerja aku ni!.

4) Kalau korang nak cite pasal birthday korang terbest pon ok gak! ::
Birthday paling best?.. kawan-kawan aku buat surprise time birthday aku semasa tahun pertama kat universiti. Aku tahu benda ni normal jer tapi bagi aku benda ni adalah satu kenangan terindah sebab aku tak pernah sambut birthday aku lebih-lebih lagi secara surprise.

5) Tinggalkan link entry kat blog:: 
SyedGraphiX 
(dialah pemecah kapla otak cipta idea ni)    

**THE OLDER THE FIDDLER, THE SWEETER THE TUNE**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...