::Putaran Bumi::

Thursday

Suatu Cerita Buat Mereka Yang Kecundang SPM

Lama aku lesap dari ruang blog aku, bukan kerana aku malas atau mengulor tetapi aku sekarang dah tak macam dulu, sekarang aku menghambakan diri aku untuk mendapat sesuap nasi, kalau dahulu, aku banyak menghabiskan masa lepak, hingguk-hingguk kepala, terkinja-kinja ke sana ke sini jadi banyak la masa aku terluang. Semalam baru sahaja keputusan SPM keluar. Aku teringat waktu ketika aku masih lagi di alam remaja dulu tua ke aku sekarang?. Hari mendapat keputusan SPM, aku macam biasa muka poyo pergi sekolah. Bila dapat jer slip keputusan SPM kat tangan, hancur dunia aku. Bayangkan keputusan aku takde sebijik pun A dan matematik moden aku E, yang lain jangan disebutlah.. terseksa aku bila tengok keputusan aku tu. 

aku yang clueless di suatu ketika...
Balik rumah aku fikir, ke manalah arah tuju aku lepas tu. Serius, aku cluesless. Percaya atau tidak, aku mohon masuk ke universiti  dan keputusannya mengecewakan. Tingkatan 6?. Hanya tinggal nama jerla, aku tidak layak untuk masuk Tingkatan 6. Remuk sampai tak tahu nak buat apa.. Jalan yang aku nampak adakah kerja di pasaraya jer. Hati aku menangis bila teringatkan kebodohan aku sebelum SPM dahulu. Tetapi betul lah orang cakap KECUNDANG SEKALI BUKAN BERMAKNA KECUNDANG BUAT SELAMANYA..

Aku mendapat sedikit sinar dari sebuah kolej walaupun sebenarnya aku tidak layak untuk memasuki kolej itu bukan sahaja untuk mengambil diploma malahan sijil yang ditawarkan di sana pun aku tidak layak. Ini semua hasil usaha mak aku yang merayu sendiri pada pihak kolej. Sumpah aku cakap, aku tidak tahu menahu berkenaan hal rayuan mak aku sehingga ke beberapa hari lepas. T_______T. Mak aku sorok dari aku..

Aku masuk Pra Diploma a.k.a Sijil di kolej tu. Dari situlah kehidupan aku bermula. Aku ubah segala perangai lama aku dan alhamdulillah dipendekkan cerita.. Aku melangkah setapak demi setapak, dari pra diploma ke diploma kemudian kepada peringkat Ijazah. 

Aku bersyukur dengan segala perit jerih aku dan juga kepada mereka disekeliling aku yang banyak bersusah payah untuk aku. Kalau aku kembali ke sekolah lama aku dan berjumpa dengan guru-guruku.. Aku rasa mereka kompem terkejut beruk kerana aku dahulu pelajar kelas paling loser dan antara yang paling tak berjaya telah pun berjaya menjadi apa yang aku jadi sekarang ni.. 

Buat mereka yang kecundang di peringkat SPM, janganlah kecewa kerana korang tak semestinya gagal buat selamanya.. bangkit semula dan ambil pengalaman di waktu SPM sebagai pengajaran. Anggaplah korang diberi peluang kedua untuk bangkit. Mungkin jalan korang ambil akan bersimpang siur berbanding mereka yang lain tetapi akhirnya korang akan mengecapi kemanisan di mana korang akan merasa bangga sepanjang hayat korang... 

TERIMA KASIH MAMA... kerana MAMA telah memulakan langkah pertamaku dahulu...
TERIMA KASIH KOLEJ PERTAMA KU MELANGKAH... kerana sudi menerima insan bodoh di suatu ketika...

12 comments:

faiz said...

mmg hebatla ko bro...x putus asa dan bermula dari bawah...

safwan said...

Tahniah bro....speechless
like je la...

-ilhamArman- said...

@Faiz:: Takdenya hebat.. semua orang hebat.. tp mcmn nak memulakan diri menjadi HEBAT too susah...

-ilhamArman- said...

@Safwan:: Aku sajer je buat entri ni memandangkan ramai sangat budak SPM patah hati.. so just nak bg sedikit semangat laa untuk diaorg..

Amira Atiya said...

serap semangat sikit :)

-ilhamArman- said...

@Amira:: Sikit jer serap?.. serap banyak skit.. :P

shamyheart said...

wo, bagusnya.. jalan bersimpang siur, kan?

-ilhamArman- said...

@Sha:: memang bersimpang siur laa bagi saya.. tapi ia memang berbaloi!.. :)

shamyheart said...

berbaloi2.. hehe~

tau ke tmpt header blog sy tu? kat mana?

-ilhamArman- said...

hehehe.. thanx for de support!.. tp xleh lawan awk laa kan.. M.sc kott!..

tempat too?.. sy dh gtaw kat awk pny entry.. tul kan... hehehe

Raji and Yeen said...

betul atleast kau tak berputus asa..
memang sesuai org yg bru dpt resuk spm bce entry nih..
ad yg mengeluh lah mcm2 lah even resuk dorg hebat kan =.="

-ilhamArman- said...

@Raji:: no doubt pasal tu. sesetengah orang tak bersyukur dengan apa dia dapat. Itu usaha kamu, itu yang kamu deserve.. bersyukurlah dan bangkitlah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...