::Putaran Bumi::

Monday

Aku Dulu & Kini

Sebenarnya malam ni aku tak leh nak tido.. huhu
Awal malam tadi dah tido.. last-last aku jadi burung hantu!. [x_X]
Dah tak leh nak tido.. apa lagi.. layan perasaan laa beb!
----------------------------------------------------------------------------------
Aku begitu merindui zaman belajar..
Aku merindui bilik lama aku..
Aku tidak merindui rumet aku..
Aku merindui persekitaran kolej aku..
Aku merindui kelas BK1,2,3,4,5,6,7 & 8..
AKu merindui makan+bergelak ketawa bersama teman-teman..
Aku merindui teman-teman seperjuangan..
Aku merindui masakan yang tidak sedap di Mall..
Aku merindui gelanggang badminton..
Aku merindui monyet-monyet lari berkeliaran..
Aku merindui bas yang ala-ala roller coaster..
Aku merindui sungai guthrie yang ala-ala air teh ais..
Aku merindui hutan yang hijau itu..
Aku merindui kabus pagi yang menusuk ke tulang..
PALING aku rindu.. nak menjerit dari tingkap menyumpah seranah orang main mercun.. hahaha...


Zaman belajar yang menyeronokkan.. Zaman kerja yang tidak menyeronokkan..


KINI..


Aku makan sorang-sorang..
Aku bangun pagi dengan paksaan..
Aku pergi kerja sorang-sorang..
Aku kena marah sorang-sorang..
Aku jarang bercakap dengan orang.. BUSY memanjang!..
Aku jarang amik pic kecuali pic aku sorang-sorang..
H/P aku jadi perhiasan..
tapi aku seronok bila aku tidak lagi memegang title STUDENT!..


Aperpun LIFE MUST GO ON!..
The Forgotten

Wednesday

Antara Cinta & Cita-Cita

Cinta...
Cita-cita...
Cinta...
Cita-cita...

Nak buat keputusan memang susah. Kerana apabila kita memilih salah satunya mungkin kita akan menangis melepaskan yang satu lagi. Aper pun inilah namanya kehidupan. Setiap keputusan yang dilakukan memerlukan pengorbanan. Aku terpanggil  nak tulis ni, bila aku terpesona mendengar kata-kata Sha or Shangkaree Dewi Remaja 2010. Nak lagi kenal.. ni pic beliau kat bawah ni haa..
Shangkaree: the beauty with a brain
YES! She is an indian woman but her words semasa jawab soalan juri inspired me.. 

JURI: Antara cinta dan cita-cita, mana anda pilih?
SHA: Saya akan pilih CITA-CITA kerana jika seseorang itu menyayangi saya dan              mencintai saya, dia haruslah menerima, menyayangi dan mencintai cita-cita            saya..

aku terkesima dengan kata-kata beliau. Cinta adalah menerima dirimu seadanya dan bukannya menghalang dirimu daripada melakukan sesuatu perkata yang kamu ingin lakukan. Dahulu, aku merasakan segala apa yang aku lakukan adalah salah. Sekarang aku percaya dan tidak sekali-kali menyesal dengan jalan yang aku pilih, memilih cita-cita dari cinta... =]

p/s: sha menang tempat ke-3 dalam pencarian dewi remaja 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...