::Putaran Bumi::

Tuesday

Estranged New Released Single TODAY:: Pengganti


Estranged memang tahu bila peminat dia dahagakan muzik dia. hehehe. Aku tak nafi yang aku memang peminat diaorang la. Diaorang punya muzik memang kena dengan jiwa aku bila tengah marah. Kiranya bagi aku muzik diaorang boleh bawa mood aku dari kemarahan kepada mood yang lebih positif. Ini yang dikatakan terapi melalui muzik. Sesetengah orang memerlukan muzik yang sedih untuk merawat luka yang terpendam. ayat tak leh blah. Kiranya ini terpulang pada citarasa masing-masing ok!.

Kembali pada topik asal....

Estranged baru sahaja keluarkan video single terbaru mereka bertajuk PENGGANTI pada jam 12 tengahari tadi. Lagu ditulis oleh Estranged dan lirik ditulis oleh Rich. Seperti biasa... Estranged memang tak pernah menghampakan peminat diaorang. Aku memang adore habis video muzik terbaru diaorang. Bagi aku video diaorang mempunyai nilai kreatif yang setanding dengan luar negara. 

Lagu Pengganti ini sebenarnya berkenaan dengan perjalanan seorang profesor ke alam yang berbeza bagi mencari dirinya bagi menggantikan dirinya di alam yang satu lagi. Setakat pemahaman aku berkenaan lagu ni. Ia berkenaan konflik seseorang yang masih tercari-cari siapa dirinya dan pada masa yang sama berharap dapat mengeluarkan dirinya yang sebenar. Aku dah ulang 2-3 kali video ni dan sekali sekala timbul juga rasa bangga dengan hasil air tangan rakyat Malaysia. Aku bangga jadi Anak Malaysia!.

Korang juga boleh melayari laman web Estranged untuk maklumat lanjut pasal lagu ni atau nak download lagu ni dan letak dalam handphone korang!. ESTRANGED 

Ni Single terbaru berserta lirik dari Estranged. Bak kata Fara Fauzana, "Layan!!":


PENGGANTI

Dia sebaris, tenggelam
dan wujud hanya di dalam
ku tau kalau sebenar.
dia tercipta kerana
ku masuk dan keluar
kau tau kalau sebenar.
beralih oh dari kenyataan
terjaga tapi seperti masih bermimpi

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

mindaku pun berkata
soallah jawapan mu
tau yang ianya salah.
diriku berbalas
berani menjawab semua
dan tau apa kena.
oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
ditangguh terlalu lama ohoh

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

oh selamatkannya
dan oh relakanlah
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

Monday

Kenapa Aku Lama Tak Blogging?


Baru-baru ni serius aku dapat banyak mesej takder la sampai 20 tanya kenapa lama tak update entri. Terharu jugak bila terima mesej macam tu. Walaupun mesej tu sekadar bertanya tetapi ternyata masih ada yang ambil tahu pasal kita dan apa yang kita tulis. Di sini aku senaraikan sebab aku dah lama tak blogging.. 

  • Aku malas nak blogging sebab asyik tengok muka korang jer yang komen.
  • Aku malas nak blogging sebab aku rasa tidur lagi best.
  • Aku malas nak blogging sebab aku rasa aku otai.
  • Aku malas nak blogging sebab aku masuk akademi fantasia. (duk dalam umah kaca mana boleh keluar).
  • Aku malas nak blogging sebab Yuna tak datang melawat blog aku.
  • Aku malas nak blogging sebab aku sibuk jadi sukarelawan pergi Jepun.
  • Aku malas nak blogging sebab aku memang malas.
Korang pilih la mana-mana alasan yang korang rasa sesuai dengan aku. hahaha... 


p/s: kepada sesiapa yang bertanya, TERIMA KASIH BEBANYAK... 

Sunday

Jam Volkswagen :: Bavarian Crono Beetle Series (Karmann Ghia)

Aku memang boleh kata minat habis kat jam tangan. Kemudian seperti biasa aku pusing-pusing dalam dunia tanpa sempadan ni, aku terserempak dengan jam ni. Sumpah! aku jawdroppin'. Aku dah angau nakkan jam ni tapi aku rasa macam takde di Malaysia. T___T.

Saturday

SyedGrapiX Birthday List::Apa Aku Buat Ni?


Adeh! macam tak percaya, aku masuk ko punya list!. Sokong kawan-kawan punya pasal aku sanggup jer. 


1) Follow Aku? :: 
Berkurun dah aku follow ko, aku rasa ko mesti dah bosan tengok nama aku!. XD

2) Buat entry dalam tu nyatakan tarikh lahir/hari/waktu/saat. :: 
15 APRIL 198(X)an. (kiranya aku muda lagi la, lahir dalam tahun 80an kan).

3) Dalam entry tu korang nyatakan apa hadiah yang korang nak sangat masa birthday :: 
Aku nak new blackberry sebab handphone lama aku dah macam tak betul sikit!. 
Sebijik kereta (kalau boleh VW..hehehe) sendiri sebab sekarang ni aku hanya menumpang berteduh di bawah bumbung kereta orang. 
Aku nak jam tangan baru sbb jam tangan aku dh putus tali dan terdampar atas meja ni.
PALING PENTING
Aku nak dalam keadaan sihat sehingga ke next birthday aku..
+
sedikit keyakinan, keberanian dan sedikit keras hati dalam melaksanakan kerja aku ni!.

4) Kalau korang nak cite pasal birthday korang terbest pon ok gak! ::
Birthday paling best?.. kawan-kawan aku buat surprise time birthday aku semasa tahun pertama kat universiti. Aku tahu benda ni normal jer tapi bagi aku benda ni adalah satu kenangan terindah sebab aku tak pernah sambut birthday aku lebih-lebih lagi secara surprise.

5) Tinggalkan link entry kat blog:: 
SyedGraphiX 
(dialah pemecah kapla otak cipta idea ni)    

**THE OLDER THE FIDDLER, THE SWEETER THE TUNE**

Friday

Lady Gaga Kutuk Malaysia!!

Katakan TIDAK!!
Lady Gaga dalam satu lawatan ke ibu pejabat Syarikat Google di Mountain View, California telah mendesak meminta pemuda-pemudi harapan bangsa Malaysia ni supaya bersama-sama dengannya memprotes penapisan lirik dalam lagu terbarunya "Born This Way". Lagu ni mempunyai lirik yang mendorong penerimaan kaum gay.

Lady GayGay, Lady Gaga mengkritik selepas Associated Press telah melaporkan yang sebuah stesen radio di Malaysia memainkan lagu Lady GayGay, eh! silap!.. Lady Gaga yang telah diedit lirik "NO MATTER GAY, STRAIGHT OR BI, LESBIAN, TRANSGENDERED LIFE, I'M ON THE RIGHT TRACK BABY".

Thursday

Suatu Cerita Buat Mereka Yang Kecundang SPM

Lama aku lesap dari ruang blog aku, bukan kerana aku malas atau mengulor tetapi aku sekarang dah tak macam dulu, sekarang aku menghambakan diri aku untuk mendapat sesuap nasi, kalau dahulu, aku banyak menghabiskan masa lepak, hingguk-hingguk kepala, terkinja-kinja ke sana ke sini jadi banyak la masa aku terluang. Semalam baru sahaja keputusan SPM keluar. Aku teringat waktu ketika aku masih lagi di alam remaja dulu tua ke aku sekarang?. Hari mendapat keputusan SPM, aku macam biasa muka poyo pergi sekolah. Bila dapat jer slip keputusan SPM kat tangan, hancur dunia aku. Bayangkan keputusan aku takde sebijik pun A dan matematik moden aku E, yang lain jangan disebutlah.. terseksa aku bila tengok keputusan aku tu. 

aku yang clueless di suatu ketika...

Wednesday

Derma Darah ke Derma Dara?

Pagi-pagi lagi abang ipar aku kejutkan aku bangun tidur pukul 11 kira pagi la kot, dia cakap "Jom! pergi hospital, doktor call suruh derma darah". Aku termamai mendengar perkataan DARA bukan DARAH. Aku sound balik "aku jantan bermaruah!". Lepas aku cakap baru aku perasan aku lalok!.. XD.

Teringat bila mula-mula aku derma darah dulu, aku seorang yang takut jarum sebenarnya, tetapi sampai sekarang aku dapat ramai feedback penuh dengan tanda soal pasal macam mana aku seorang yang takut jarum boleh menderma darah. :P. 

Dulu semasa mula-mula menderma, aku punya jantung macam nak terkeluar dari dada. Aku ingat lagi, masa itu, aku tahun akhir Diploma. Ini semua gara-gara aku teringin sangat nak tahu jenis darah aku, memandangkan setiap kali aku mengisi borang yang memerlukan aku menulis kumpulan darah, aku dengan sukacitanya letak jenis A sebab aku nak jadi budak cemerlang. XD. Sumpah! aku cakap, ni alasan paling superb aku ada masa tu.. Ok! Cukup gelakkan aku!.

Semasa check tekanan jantung aku, memang tak normal sebab aku gemuruh tahap gaban!. Mahu tidaknya aku gemuruh, bila terfikirkan jarum yang tebal dan panjang


Super Juniors vs Michael Buble

----> Ni situasi kat tangga..

Sorry... Sorry.. Sorry.. Sorry..
Naega Naega Naega Munjuh......
(Dengan mood terkinja-kinja)

Ape ke hal kawan aku ni sorang, giler ke haper, tetiba je terhingguk-hingguk satu badan sambil bawak beg besar. Dengan muka separa kacak aku tanya "Ko nak gi mana?". Dua patah jer dia jawab "balik umah!". Aku senyum dan seperti biasa berpesan "Bawak balik makanan lebih skit.".hehehe. Itu ungkapan peberet aku buat kawan-kawan aku yang balik umah.

----> Ni situasi kat Mall plak..

"Eh! Wawa, pehal tergopoh ni?..". 
"Buble, buble!! BYEEE!!"..  Wawa jerit sambil berlalu..
Aku pun terpinga-pinga berdiri kat situ, konon aku faham la sangat pekebenda minah ni bebel..


Sorry.. Sorry.. Sway.. Sway.. OoOo. Yeah!..

Line Putih Line Hitam..

Sebenarnya dah lama aku tak update blog, bukan malas! bukan bosan! tapi aku banyak kerja tipu. Aku tadi terbaca laa posting member-member tak pernah hadap muka.(member bloggers laa). Aku macam terpesona dengan debat hitam putih diaorang.. sorang cakap background hitam lawa, sorang lagi cakap background putih cun. 

Pastu aku bukak plak group persatuan aku kat FB (bukan persatuan peminat aku).. Tengok wall satu persatu.. yang keluar sume duk perang mulut typing rumah saper paling cool. sorang kata hitam, sorang kata putih. Dah macam perang pilihanraya, kalah kot perang pilihanraya kat Merlimau Melaka. Siap ada maskot lagi too.. yang paling tak leh blah!.. lagu Amy Mastura-Kasih Suci jadi lagu tema team putih.. almaklum laa dalam lagu too kan ada lirik"yang HITAM harus dijauhi, jangan disimpan dalam hati, PUTIHkan jiwamu dengan kasih suci".. aku siyes bantai gelak.. Mula-mula aku ingat diaorang gaduh pasal rebut kuasa ke, rebut awek ke.. last-last ropanya ada famili day. bertambah kelakonya lagi, kalu kita dulu rumah sukan famili day warna hijau, kuning, merah dan biru tapi diaorang warna Putih dan Hitam.. adeh!!.. 

Friday

Aku Nak Jadi Lelaki Cantik!.

Terngiang-ngiang kat telinga aku benda yang aku baca semalam, siap dah boleh hafal dah!.. Aku otomatik teringin nak jadi Lelaki Cantik!.. 

Aku tahu selama ini aku dalam golongan kategori separa kacak!.. tapi setelah membaca artikel tu, perasaan aku nak jadi Lelaki Cantik! makin menjadi-jadi. Aku sanggup bermaskara, bergincu, mewarnakan pipi, pakai eyes shadow yang di asaskan dari ayat-ayat dan bait-bait katanya.. 

Aku nak jadi Lelaki Cantik sebab Lelaki yang cantik..... 

  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Adalah lelaki yang baik sangka.
  • Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa.
Paling penting, kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani serta mereka yang berdiri di atas kemuliaan hati.

aku nak jadi LELAKI CANTIK sebab seluruh kecantikan lelaki ada pada Muhammad yang Ummiy....

Thursday

Artikel Fitnah! Apa Hak Aku?


Sejak Akhir-akhir ni, banyak sangat cerita berkenaan dengan artikel yang diposkan berunsur fitnah, memalukan dan menjatuhkan maruah!.. Kekadang aku tengok mangsa seolah-olah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa selain bersedih, bermuram durja dan seangkatan dengannya... 

Aku just nak kasi sedikit cerita berkenaan isu ni dan hak kamu dalam perspektif undang-undang. (Ini bukanlah lengkap sangat tetapi cukup untuk memberi gambaran pada mereka).

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut bahawa kita mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi harus diingatkan hak ini bukan kebebasan mutlak, maksudnya ada sesetengah perkara kita tak boleh tak boleh bersuara sewenang-wenangnya, contohnya sesuatu isu yang mampu membawa kepada fitnah dan hasutan sekaligus membawa kepada negara menjadi huru-hara.

Fitnah!!! adalah sesuatu kenyataan yang ditulis oleh seseorang itu boleh menjatuhkan reputasi seseorang yang dan mengundang benci kepada masyarakat setelah kenyataan itu dikeluarkan. Contohnya: 

"Azroy tulis dalam blognya bahawa Ghani adalah seorang "PEROGOL BERSIRI" dan Komuniti Sahabat Blogger membaca kenyataan itu, terus percaya yang Ghani memang perogol bersiri dan memulaukan serta memandang serong pada beliau".

Sunday

Justin Bieber Dah Pandai Membunuh?

Geleng kepala.. Geleng Kepala..
Aku pun terkejut sebenarnya tak pun bila Justin Bieber dah pandai membunuh...!
Kejam tul mamat ni, harap muka jer baik, innocent, kegilaan para gadis tapi dah pandai membunuh!
Sapa yang ajor dia nie??
Tapi yang aku peliknya, takde plaks masuk penjara.. 

Aku pun teropong laa si JUSTIN BIEBER ni.. nak gak tahu, macamana dia boleh lepaskan diri dia.
tengah syok-syok teropong, aku terkejut beruk sebab aku harapkan dapat tengok yang ni 

last-last, yang kuar... mamat nie..


Rupanya ko dah BUNUH RAMBUT ko.. adeh! pasni kompem peminat dia dah kurang sebab setahu aku, ada sesetengah peminat fanatik dia tergila-gilakan rambut dia dan bukannya dia.huhuhu. Dengan kata lain, itu aset penting untuk market diri dia laa... 

Tapi yang bagusnya, walaupun rambut dia ni dah tak bersama dengan tuan dia, tetap mampu berbakti pada si Justin nie. Dia sanggup di lelong dengan harga $10.. tapi lepas perang bidding, harga rambut tu dah jadi $6700. Rambut aku pun tak semahal tu.. hahaha.. Duit jual rambut tu, akan diberikan pada The Gentle Barn, sebuah Organisasi yang main focus adalah untuk selamatkan haiwan.

Agak-agak la, kalau pasni dia jual bulu ketiak dia berapa harga erk??.. kompem leh beli sebijik Proton Inspira. XD.

Friday

Apa Kejadahnya Korang Buat Blog Ni?

Kenapa ko suka sangat blogging??

Testimoni pertama
-- "Sebab I nak baca segala informasi yang blogger cite, nanti senang I patahkan hujah lecturer I yang poyo tu.. Menci I...!"

Testimoni kedua
-- "Urrmm... wa buat blog ni sajer jer, nak mencapap, nak naikkan traffic.. dapat duit wooo.. saper tak nak!"

Testimoni ketiga
-- "Err! aku create blog ni sajer jer nak buat diary aku, kat sini aku leh cite sume benda, at least leh hilang tension aku, lantak la orang nak baca ke tak! ada aku kesah?"

Testimoni keempat
-- "Blog aku? of course laa cari side income!. aku kat sini promote barang aku!.. kalau ada yang berminat ngan product ak tayangkan, email jer kat aku, bank in uit! terus settle!.. eh! ko nak beli ke baju bundle aku ni?"

Testimoni kelima
-- "aku buat blog sebab nak cari follower ramai-ramai.. kalau dapat 4 juta follower, pergh!! orang tengok baru gempak!!".

(testimoni kat atas dah macam aku ni duta MLM dah..).. hak3..
Aper pun, sebenarnya tidak semua mempunyai tujuan yang sama mencipta blog. Semua mempunyai modus operandi yang berbeza. Harus diingat jua, bahawa tidak semua pembaca mempunyai minat yang sama kerana setiap kepala lain anginnya.. hahaha..

Sejujurnya, aku sebagai blogger, and newbie lagi, tujuan aku buat blog adalah untuk heppi-heppi kan hidup aku. Maksud aku, aku buat blog ni, tak semestinya aku nak sampaikan informasi, tak semestinya aku nak luahkan feeling kejiwangan aku tapi benda yang paling utama aku cari adalah kepuasan yang aku dapat daripada apa yang aku ekspreskan...  

Kalau ikut cermin mata aku sebagai blogwalker, aku seorang yang moody, maksud aku, kalau aku blogwalking, aku ikut keadaan mood aku pada masa tu, contohnya apabila aku dalam keadaan marah atau bengang! aku akan mencari entry yang lawak yang mampu buat aku ketawa even entry itu hanyalah sekeping gambar sahaja. Haaa.. jangan plak korang terkejut, bukan ker, satu gambar boleh menceritakan 1001 satu kisah.. :).

Rumusannya, semua blogger buat blog adalah DEMI KEPUASAN DIRI. Itu adalah asas kepada seseorang blogger, mencipta blog dan satu benda lagi, kita perlu ingat bahawa setiap blog ada keunikkannya tersendiri.. kita patut bagi credit pada mereka... PEACE!.

Tag Mengetag - APPRECIATION TO "o'o"

Aku telah di tag oleh seorang member..
Aku ucap ribuan terima kasih kepada o'o kerana mengetag aku.. ini link blog o'o 

Aku di tag untuk blog Pak Cik Biola punya entry a.k.a contest..
Sejujurnya, aku kurang gemar mengetag orang atau ditag serta aku kurang gemar untuk menyertai contest yang memerlukan kita mengetag orang.. huhuhu (jangan marah o'o).

Aku bukan mengkritik malahan aku sangat-sangat berterima kasih kerana sudi mengetag aku, bagi aku itu tandanya ada yang sudi ingat pada aku..

apapun o'o, this entri is an appreciation untuk ko sebab aku terharu di tag.. TERIMA KASIH!!!..

oh! ya sebelum lupa.. sesiapa yang berminat untuk join contest Pak Cik Biola, Sila ke sini.


GIVEAWAY PERTAMA:: Jom Blogwalking Contest!

Tadi sedang seronok duk terjah blog orang, tetiba terpandang sesuatu entri. Aku terpesona sekejap dengan dia punya entri. Aku pun bacalah, rupanya contest Jom Blogwalking. Ikhlas aku cakap, aku bukan ada niat nak sertai contest ni, tapi aku hanya berniat untuk mengenali sahabat baru di dalam dunia blogging ni. Aku sekarang sangat trill nak jumpa blogger seluruh Malaysia.

Ok! berbalik pada contest ni, aku rasa aku telah memenuhi dia punya requirement kecuali bab tinggal solat.huhuhu. Dulu zaman kechik-kechik selalu mengelak dari solat. Sekarang dah insaf dah, so kiranya aku berkelayakan laa kan... (,")v

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal contest ni, termasukla syarat-syarat beliau, tengok kat tuan empunya tanah blog, iaitu abg teror... tu pic dia dalam iklan kat bawah ni.. Nak pergi ke link blog beliau, sila la tekan dia pny iklan banner kat sidebar kanan korang tu yer. Gambar kat bawah ni tak leh tekan.. sekadar hiasan sahaja. 

Thursday

Cita-cita Ko Apa Erk??

Dulu kecik-kecik selalu kena attack dengan cikgu soalan cepu platinum ni..
Zaman naif-naif tu, seriously memang macam-macam angan-angan muncul, kiranya cita-citalah tu..
Cita-cita pertama aku, nak jadi seorang DOKTOR!!.. hahaha..


ni kira jawapan skema untuk semua budak darjah satu zaman-zaman aku dulu bila diterjah soalan cita-cita.. (cam poyo jer)..

Bila beso sikit, aku berangan pulak nak jadi POLIS!!.. yang ni memang lucu, time tu, aku pilih cita-cita ni sebab aku berperang mulut ngan kawan aku dulu (dah lupa sapa) nak tunjuk mak bapak sapa paling hebat.. time tu ak cakap mak aku ketua polis negara dan aku nak jadi cam mak aku... Bila ingat balik.. bikin malu saja... hahaha...

Pastu aku jadi matang sikit, cita-cita aku bertukar lagi. kali ni aku nak jadi PENSYARAH plak, specific bidang adalah english coz' dulu aku minat mati la subjek ni. Yang paling kelakar, aku ni duk kat depan 20 orang budak kelas aku pun, lutut dah lemah.. ni kan nak suh mengajar depan 100 orang pelajar. silap-silap student usung aku masuk wad sebab pengsan. XD.

Sekarang ni.. satu pun cita-cita aku dulu tak menjadi, tapi last sekali aku tetap jadi orang gak. hahaha. Moga kemunculan aku dalam dunia yang aku tak jangka ni akan memberi aku satu peluang untuk aku bernafas. 


Aperpun, moral of the story, walau apapun cita-cita korang dan korang rasa tidak mampu untuk mencapainya, percayalah pada bakat korang, kerana mungkin bakat korang nanti yang menentukannya.. MACAM AKU!..

Tapi kannn.... cita-cita aku masa kecik tak leh lawan cita-cita akak aku masa kecik.. Dia nak jadi ni...

gambar hiasan.. Peewitt!!
Dia nak jadi ASKAR.. tapi bukan sebarang askar.. tapi ASKAR KOMUNIS!. ko bayangkan cikgu sekolah dia gelak sampai jatuh kerusi... aku sampai sekarang duk sakat dia dengan cita-cita murni dia ni... hahaha....

p/s: kalau betul-betul dia jadi askar komunis... sanggup ke aku bunuh dia demi keamanan negara??? T_T


Friday

Kurang Ajar!!.. Rambut Kawan Aku Kena Cukur!!

Aku kesian tul kat kawan aku mari mengadu kat aku... 
Dia mari kat aku.. duk dalam peluk aku (sah orang cakap aku tak normal pasni)...

Aku pun tanya laa:
Ilham            : Ko ni dah kenapa?
Kawan Aku : Aku Sedih giler (dah start menangis)..
Ilham             : Iyer laa kenapa? karang aku luku gak budak ni..
Kawan Aku  : Kapla aku kena cukur...

Aku pun kasi ayat tenang ati kat dia, "kalu setakat kena cukur camni tak per laa..Stylo aperr"
Sila jangan ikut!! buruk bebeno!
Kawan aku menangis lagi kuat kottt.... Giler jahat aku ni..
Dia pun cakap laa.. "Kalau stylo camni, ok gak!!.. ni tompok-tompok".
Diriku pun menyampuk, "Laaaa.. Tompok-tompok punya style camni smart peerrr"..
Superman vs Batman
Kawan aku lagi kuat laa nangis!!. sambil  tunjuk rambut dia ngah kena cukur...
Nak Sue jugak!!....
Laa.. kena cukur kepala rupanya....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
huhuhu... entri terlebey berangan!!..
sebenarnya nak cerita anak sedara aku baru jer lepas kena kenduri cukur kepala time maulidur rasul baru-baru ni.. yang last skali too mmg pic dia..
Dengan rasminya aku pegang title UNCLE untuk keDUABELAS kalinya...
Aperpun.. Uwais, moga  dirimu menjadi anak yang soleh dan rajin macam abang-abang mu... amin!

Sunday

Penggunaan Perkataan "Salam" & Perkataan "Akum"

Baru-baru ni (sebenarnya dah lama dah), aku terbaca satu forward note kat Facebook yang cite pasal penggunaan perkataan Salam adalah haram dan bermacam-macam lagi dia tulis laa dalam tu, korang baca jer la Cik Nurul (sila rujuk kepada forward mesej yg ditulis dalam blog Cik Nurul yang telah dijadikan sebagai posting beliau & abaikan yang lain).

urm, aku sebenarnya seorang yang sangat sukar nak percaya sesuatu perkara tanpa usul periksa dan aku juga seorang yang agak cenderung dalam melakukan research untuk sesuatu perkara yang aku nak tau kesahihannya..  so aku pn duk laa termenung depan screen PC yang gedabak ni baca satu persatu entri + web.

Hasil yang aku jumpa, sebenarnya perkataan "Salam" ni, tidak salah penggunaannya dalam Islam, maksud aku, ia diterima penggunaannya, tetapi LAGI CANTIK kalau kita menggunakan perkataan "Assalamualaikum", nak LAAGII CANNTIKK, kita menggunakan perkataan "Assalamualaikum Warahmatullah" & yang PALING CANTIK adalah melafazkan "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh".

Salam adalah perkataan arab bermaksud Sejahtera dan ia juga merujuk kepada Selamat Tinggal. Ini dibuktikan oleh para ulama' tafsir yang mengatakan, ucapan Salam apabila dituturkan ia berada di antara dua makna;
1. al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal
2. at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
(lihat; Ahkam al-Quran, Imam al-Jassas, surah al-Qasas, ayat 55). 

“Dan apabila mereka (yakni orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah) mendengar perkataan yang sia-sia (dari orang kafir), mereka berpaling daripadanya sambil berkata: ‘Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu. ‘Salaamun ‘Alaikum’ (selamat tinggallah kamu). Kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil” (Surah al-Qasas, ayat 55)

Dalam forward note yang diterima kat atas tu, ia membawa kepada maksud pertama perkataan salam seperti yang telah dinyatakan oleh para ulama' tafsir di atas.

Maka apabila ucapan salam itu dituju/diberikan kepada orang kafir atau orang-orang jahil, maka ia bermaksud mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, yakni kita tidak mahu bersekongkol dengan kesesatan dan kejahilan mereka atau kita membiarkan mereka dengan kejahilan dan kejahatan mereka. Adapun apabila ucapan salam itu diucapkan kepada orang-orang beriman atau kepada ahli-ahli syurga dalam ayat-ayat tadi, maka ia bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan atau memberi penghormatan

Sebarang kemusykilan, Bolehlah merujuk kepada ilmudanulamak dan juga husna. Blog cik Husna diletakkan di sini adalah penerangan bagi maksud perkataan salam.. itu sahaja, segala info yang diberikan boleh diterima tetapi tiada sumber kukuh. Saya percaya sumber itu betul kerana saya sendiri pernah belajar bahasa arab. Ada lagi sumber lain, tapi saya rasa sumber ini dah cukup.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Berkenaan isu perkataan Akum pulaks, kita sememangnya tahu yang perkataan ini adalah tak ada apa-apa maksud, begitu juga semekom, askum dan seangkatan dengannya. Saya cuma mencari kebenaran perkataan Akum itu adakah berasal dari perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’?

Sebenarnya, perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ bermaksud "WORSHIPPER OF THE STARS AND CONSTELLATIONS" dan bukannya "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT". Terdapat kekeliruan dari perkataan "KOKHAVIM" yang bermaksud "BINTANG" dan bukannya "BINATANG". Manakala, di dalam bahasa Herbhew @ Ibrani, ia sepatutnya di baca  ‘OVDEI Kokhavim U Mazzalot’ dan bukannya ‘AVDE Kokhavim U Mazzalot’. kalu dibaca secara pendek, it was OKUM instead of AKUM

sila rujuk video ni: 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya di sini, ingin saya tekankan, saya bukanlah cuba menyokong mana-mana perbuatan kaum yahudi, tetapi saya cuma mencari kebenaran sahaja bagi sesuatu perkara.. harap maklum.

Konklusinya di sini, kita janganlah percayakan sesuatu forward message bulat-bulat, kita hendaklah selidik dulu kebenarannya..

p/s: kalau ada lagi kenyataan bersumber dapat menyangkal apa yang saya nyatakan.. saya sudi menerimanya  dengan terbuka hati. 

p/s/s: terdapat ayat yang dicedok dari sumber asal kerana takut lari maksudnya... harap maklum. 


Friday

Ungunya Cinta


Menatang haper Ungunya Cinta ni?

Sebenarnya, tadi aku dan adik aku kebosanan dan mula laa main tekan-tekan butang remote Astro. Sekali aku secara tak sengaja terpaut nak tengok cerita Ungunya Cinta. Aku pun layan jer laa.. tak sangka plak boleh tahan jalan cerita dia.. huhuhu...

Cerita arahan Michael Ang dan skrip oleh Amor Rizan ni adalah cerita kisah cinta remaja yang ala-ala light untuk kita tengok laa. Mengikut Michael Ang, dia nak mengembalikan zaman kegemilangan filem Azura dan Ali Setan tapi memberi satu suntikan nafas baru pada filem tersebut. So sempena Valentine Day (Para Muslimin sila jangan sambut, haram di sisi agama), filem Ungunya Cinta di pertontonkan.

Poster Ungunya Cinta
Filem ini dilakonkan oleh Leez AF4 sebagai Ungu dan Shaarnaaz Ahmad sebagai Andi a.k.a Beruk. haha...(gelaran Ungu kepada Andi). Turut dibantu oleh Didie Alias sebagai ibu Andi dan Sharifah Shahira sebagai ibu Ungu. Ia mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai 'anak orang kaya yang panas baran dan perengus'. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi.

Thumbs up!.  Good Job!.  aku rasa mesej dia sampai kat aku...
aku ada jugak view blog lain yang komen pasal lakonan Shaarnaz mantap!.. (iyer laa to.. pompuan... pantang jumpa yang dahi licin jer, terus terpikat.) bagi aku sebenarnya aku merasakan Sharifah Shahira yang menghidupkan cerita itu. Dia lagi mantap sei.. pelakon lain pun mantap gak tapi aku rasa watak Sharifah Shahira sebagai mak Ungu yang lagi mencapap!.. aku teruja tiap kali melihat watak Sharifah Shahira dalam cerita ni, siyes kelakar.. hahaha...

Aku pun sebenarnya suka gak dengan jalan cerita dia dan aku merasakan ia menepati ciri-ciri konsep cinta remaja ala santai-santai dan menggunakan bahasa or dialog yang ringan. Orang cakap, tak yah banyak berfikir laa bila tengok cite ni. Agak sesuai bagi aku yang baru pulang bekerja dan dalam mood kepenatan untuk melihatnya. 

Sebenarnya ada jugak part yang aku tak suka dalam cerita ni, iaitu part last-last cerita yang aku berpendapat cam kureng skit.. maksud aku stat part Andi jatuh sakit. Aku tak taw apa yang kureng dan aku stil duk fikir coz seolah-olah aku merasakan bahagian itu sedikit tergantung.

Overall citer ni Two Thumbs Up! bagi aku... PHEWIIITT!

Thursday

Hans Hanis Contest: Gunakan Imaginasi Anda


Tetiba rasa cam nak masuk contest ni... =_="
aku pilih Situasi 1, sebab ada nama Lisa Surihani.. hehehe..
Situasi 1 : Hans seorang lelaki yang sangat kacak dan amat meminati pelakon wanita yang berbakat iaitu Lisa Surihani. Pelbagai cara dilakukan oleh beliau untuk cuba memikat Lisa Surihani. Sebut sahaja apapun pasti telah dilakukan oleh Hans seperti menghantar kad hari raya, kad hari jadi, hadiah misteri sehinggakan kepada berjumpa bomoh - bomoh hebat di kampung. Pada suatu hari, sahabat si Hans memberitahu terdapat seorang bomoh hebat nun di sebuah kampung sana yang mampu membantu beliau untuk mencapai cita - citanya itu.......
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah mendengar akan kehandalan bomoh itu dari sahabat beliau, Hans mula merasa yakin yang bomoh itu mampu untuk membantu merealisasikan impian beliau.. 

"Aku mesti berjumpa dengan Bomoh itu". Itulah ungkapan hati kecil beliau di ketika itu.

Hans percaya cinta beliau terhadap Lisa Surihani adalah cinta mati, bukannya main-main. Setelah 2 hari merantau dengan motor kapcai kesayangan beliau, akhirnya Hans sampai jua ke perkampungan Janda Gedik, tempat bermastautinnya bomoh terhangat di pasaran itu. 
Tanpa berfikir panjang Hans terus bertanyakan arah dari seorang janda berhias ke rumah Bomoh Matjoe, Bomoh yang akan merealisasikan impian beliau.

Setelah 20 minit berjalan, setelah segala semak samun, anak sungai dan lopak denai dilalui, akhirnya Hans sampai laa ke rumah Bomoh Matjoe. Beliau disambut di muka pintu oleh Juestan, isteri kepada Bomoh Matjoe yang menyeringai tersenyum dengan gigi sedikit rongak dan sireh di mulut apabila melihat kelibat beliau.

"Masuk ler.. Laki aku kat dalam nun haa.. ngah lawan PES ngan Siti Norhaliza".. kata Juestan dengan sedikit air liur tersembur.

Dengan sopan ala-ala gadis melayu terakhir, Hans masuk dan duduk di beranda rumah Bomoh Matjoe. 

5 minit kemudian..
Seorang lelaki tua dan kacak, sekacak Brad Pitt dan Frank Lampard muncul di muka pintu..

"Aduh!!, Ganteng bangat.." terkeluar loghat Indon Hans, terpesona dek kehenseman Bomoh Matjoe..
"Ko datang ni nak lawan PES ngan aku ker?" kata Bomoh Matjoe
"Erk!!!..tak laa tok!, saya datang ni, nak minta tolong skit tok!.." uja Hans
"Tolong bomohkan seseorang untuk saya" uja Hans lagi
"sapa? jangan cakap Britney Spears, tu bakal bini aku next year!" kata Bomoh Matjoe dengan mata membulat.
"ish! takdelaa tok, saya nak minta tolong tok bomohkan Lisa Surihani supaya dia terima cinta hati saya tok. Dah macam-macam cara saya buat tok, tapi masih lagi takde apa-apa hasil". Cerita Hans dengan panjang lebar.
"Aku boleh bomohkan budak pompuan tu, dengan syarat ko kasi aku ayam masak kicap 5 ekor, air hingus badak sumbu 2 gelen, air basuh kaki Farid Kamil 1 Jag dan paling penting gambar budak pompuan tu"..
"Itu semua beres tok!, saya dah sediakan semuanya, ada dalam raga motor kapcai saya nun ha.. ni plak gambar awek saya tu tok". Sambil menghulurkan sekeping sampul surat berisi gambar...

selepas itu, terkumat kamitlah mulut Bomoh Matjoe membaca mantera sambil terhingguk-hingguk kepala mengikut irama lagu System of a Down yang didendangkan oleh Juestan kat dapur..

"FUUUUUUUUUUUUUUUHHHH"

"Opah ko meletup cantik!!"..Hans melatah setelah Bomoh Matjoe menyembur air liur ke muka beliau..
"celaka punya orang tua, nasib ko kacak, kalu tak dah lama aku ganyang muka ko dengan berus besi". bisik hati kecil Hans..
"Aku dah jampi dah, ko pulang laa.. esok gi keje cam biasa"..."haa pengerasnya ko bank in kat akaun Bank Islam aku, bank draft pun aku terima jugak".. kata Bomoh Matjoe dengan muka kerek dan bongkak.

ESOKNYA......

"Hi Hans..."
"Hi!.."jawab Hans dengan Malas.. 
"erks!!.. eh! Hi! Lisa" tetiba nada bertukar menjadi begitu bersemangat.. hati Hans mula berbunga..
"U pergi mana semalam, penat I tunggu u"..
"err! I pergi... errr.... Rumah abang I, Hans Isaac tu haa", bohong Hans..
"U ni sajer jer kan.. tinggalkan I sorang-sorang, kesian I taw, I kesepian bila u takde" kata Lisa dengan nada penuh kegedikan...

"ni pekehal minah ni, tetiba gedik santai semacam jer ni.. umpan dah mengena nampaknya....YES!! YES!!"kata Hati kecil Hans..

"u.. dengar tak I cakap apa tadi?..eeiiii!! u ni benci laa"..
"alaa.. sayang, jangan laa macam tu, I dengar laa.. I cuma terpinga ternampak bulu hidung u terkeluar je tadi".. kata Hans dengan nada romantik cuba memujuk
"u jahat.... !!.. benci..!! benci...!!" dengan ala-ala manja Lisa memukul dada Hans yang bidang itu..

Tidak semena-mena, sedang asyik mereka bergelak ketawa, anak mata mereka mula bertaut. Perasaan gundah gulana mula menghantui diri, dada mula turun naik dengan lajunya.. nafas mula kehilangan rentak iramanya..

"Lisa..." suara lembut penuh pengertian terkeluar dari bibir mungil Hans
"yer.. B" dengan lembut Lisa membalas.

anak mata mereka semakin lama semakin mendekat, 
bibir mereka hanya tinggal jarak satu inci untuk bertaut..
"Lisaa".. Hans mendengus halus.. 

TIBA-TIBA

"Haaaaaaaaannsssss"....satu suara garau memanggil..
"LISAAA"..uja Hans dengan romantiknya..

"LISA KEPALA LUTUT OPAH KO!!!"..
Errrkkss! tetiba mata Hans terbeliak....

"Banyak cantik ko punya muka, ko ingat tapak kaki aku ni apa? tugu negara? yang ko beria-ria nak cium sesangat ni" ngomel Adzlan, teman sebilik Hans dengan muka serabai bangun tidur beliau...

"Kok iye pun berkenan kat Lisa Surihani tu, takkan tapak kaki aku pun ko nak kasi nama Lisa, cermin laa muka too skitt!! tampal bedak dashing 3 botol pun lum tentu Lisa nak kat ko".. ngomel Adzlan lagi dengan penuh kegeraman..

"dah bangun pergi kuliah!!!... ko ingat aku ni amah ko ke nak mandikan ko pepagi buta ni."tambah Adzlan lagi.

Dengan muka tebal 4 inci setengah.. Hans blah pergi bilik air......
"Adeeiii!! Mimpi ropanya... Frusstttttt!!!" jerit Hans dalam hati.   
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

**tetiba aku rasa cam pelik jer cite aku.. huhuhu..


Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...