::Putaran Bumi::

Thursday

Cabaran Aku Realiti Aku

Sebenarnya aku macam tak nak tulis pasal benda ni, tapi bila fikir balik kejayaan aku mengharunginya.. AKU TULIS JER LAA.... 

---cutting short---

Aku adalah lepasan diploma yang berjaya mendapat tempat di universiti walaupun aku langsung tak harap tuk mendapat tempat memandangkan pelajar lepasan diploma menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat di universiti. Alhamdulillah... rezeki aku ada ketika itu, aku berjaya mendapat tempat di universiti di hujung Peninsular Malaysia. 

Aku masih ingat lagi, ketika aku menerima surat tawaran itu, ia adalah merupakan sehari sebelum kakak kedua aku melangsungkan perkahwinan. (time org sebok2 duk masak2). Dengan badan berbau gulai, aku melompat macam orang gila sebab benda yang unexpected, mestilah teruja.. hahaha..

Aku tinggal periuk, terus berlari masuk bilik sebab nak taw aku dapat kos apa.. time too siyes, memang nak terkeluar biji mata bila tengok kosnya.. sekali lagi aku terkejut sebab aku tak jangka aku dapat kos too..(korang tak perlu taw laa kos apa.. xpenting pun).

Setelah fikir masak-masak, aku cekal hati.. lupakan hasrat aku untuk menjadi seorang akauntan berjaya (sebab diploma aku adalah diploma perakaunan.. huhuhu...) aku bawak diri ke hujung Semenanjung Malaysia dan teruskan perjuangan aku nak cari segulung ijazah.

Sememangnya seperti dijangkakan, pada hari pendaftaran memang tak ramai lelaki yang mendapat tempat.. bayangkan seramai-ramai lelaki yang dapat tempat.. aku kenal hampir 95% daripadanya (nak tunjuk.. betapa sikitnya yang berjaya masuk U ni.).

Start dari itu, maka bermulalah cabaran aku sebagai seorang pelajar universiti untuk kali kedua. Akan tetapi, kali ini perasaan aku lain sikit sebab kat situ environment dia lain dari universiti lama aku dan terus terang aku cakap, aku selesa dengan universiti lama aku disebabkan persekitaran dia yang sedikit terbatas coz aku rasa persekitaran lama aku banyak mengajar aku sebuah "kehidupan".

Aku masih ingat lagi, di universiti ni laa (universiti sekarang) aku banyak cekal hati. Pernah aku di perlekehkan kerana aku mengambil jalan yang sukar untuk sampai ke status seorang pelajar ijazah sarjana muda. Aku taw aku pernah melakukan kesilapan ketika zaman persekolahanku. Keputusan aku tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah aku tidak pernah Pass Matematik Moden ketika di form 4 & 5 even SPM aku, aku hanya lulus sahaja subjek ni. Bila ingat2 balik.. mesti cikgu sekolah aku terkejut beruk kalau tahu apa dah jadi pada budak kelas last sekali dan selalu mendapat bottom 5 dalam kelas last too...

Bak Kata orang, Sekali Kita Gagal Bukan Selamanya Kita Gagal. Aku pegang kata-kata seorang Guru Bahasa Inggeris aku time form 2 dulu. LOOK TO THE FUTURE & NOT TO THE PAST, TO FIND THE THINGS THAT YOU WANT TO MAKE LAST. Percaya atau tidak, aku hanya menyelami maksud perkataan ni ketika aku di semester pertama diploma. Time too laa baru aku bangkit dari mimpi siang aku.

Aku takkan lupa ketika di tahun pertama ijazah sarjana muda, ramai kawan-kawan aku berhenti belajar kerana tidak tahan dengan godaan dunia pekerjaan dan juga janji-janji manis perkahwinan. Ketika itu memang crucial... bayangkan semua rakan dah berkereta & berumah tapi kami masih merangkak untuk mencari segulung ijazah. Aku hampir termakan dengan cerita-cerita manis rakan-rakan seusia aku yang lain. betapa goyahnya pendirian aku ketika itu. Kini semua benda ini masih lagi menjadi igauan, terutama apabila ada yang bertanya soalan cepumas "BILA MAU KAWEN? TAK BOSAN KE BLAJO?". Jawapan Bodoh aku untuk melarikan diri "TUNGGU KO BERANAK LIMA BARU AKU KAWEN, AKU NAK KAWEN NGAN ANAK KO!". Hakikatnya, nak jer aku cakap, aku nak kawen tapi aku perlu lunaskan dulu janji-janji aku pada diri aku. Aku perlu bangkit dulu dari kebodohan lampau aku.

Bila masuk tahun kedua, masalah aku makin menjadi apabila daya ingatan aku tidak sehebat ketika aku mengambil diploma dahulu. Bayangkan dulu, aku hanya memerlukan satu malam untuk menghafal semua formula akaun dan mampu membaca 11 bab dengan jayanya.. ALHAMDULILLAH.. tapi sekarang, untuk menghafal sesetengah fakta pun begitu sukar bagi aku. Kekadang mengambil sampai 1 minggu untuk aku ingat. Aku iri hati pada rakan-rakan aku yang lain yang mengambil waktu singkat untuk hafal semua dan hanya sekali sahaja penerangan berbanding dengan aku yang kekadang memerlukan hampir 5-6 kali ulangan penerangan. SABOR JER LAAA...

Ingat lagi, sewaktu mula-mula berkenal-kenalan dengan junior, aku tidak pernah memberitahu umurku, aku menyuruh mereka menekanya. Aku buat semua tu, bukan kerana aku nak mereka lihat aku muda tetapi aku segan nak memberitahu umurku dan segan bila dipersoalkan kenapa lambat masuk universiti. Kekadang aku makan hati apabila di panggil pelajar tua, tetapi aku faham mereka semua bergurau.. cuma ada ketika apabila mereka meng"expose"kan lagi umurku pada generasi-generasi seterusnya, aku jadi makin segan sebab aku tak sanggup nak hadapi soalan-soalan bodoh dari mereka nanti. Pernah aku ditegur di suruh berhenti belajar kerana aku tua dan tidak layak untuk masuk universiti dan aku sepatutnya kawin, duk umah dan bagi makan anak & bini. Ketika itu, aku ingat, ini adalah gurauan.. Nyata sekali dia bercakap dalam nada yang buat aku sedar kekadang Umur menjadi isu penting untuk masuk universiti.

Nak diceritakan, memang ada lagi.. tetapi aku rasa, inilah cabaran utama aku disini.. tetapi sekarang Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan 4 tahun pengajian aku.. aku mampu tersenyum sekarang. Aku tersenyum puas... tetapi aku tidak leka dengan semua ni, jika aku terserempak dengan mana-mana budak diploma yang baru masuk universiti. Aku sempat menasihati mereka even kekadang mereka blur apabila aku cakap "Jadi budak univ ni banyak cabaran" kerna aku takkan ceritakan kisah aku kerna aku merasakan bukan semua menghadapi masalah seperti aku.

Bila diingat kembali segala cabaran aku, aku mula tersenyum sendiri kerna cabaran itu memang mematangkan aku (walaupun hakikatnya luaran aku memang tak matang!). Sepanjang tempoh pengajian aku, aku telan semua kata-kata kawan-kawan & mereka disekeliling aku dengan gelak ketawa dan sifat kebudak-budakan. 

Kini aku masih lagi mencari peluang pekerjaan dan aku masih mencari peluang untuk menyambung pengajianku ke tahap master. Angan-angan aku sebenarnya untuk memegang pangkat "Dr."... =]. Moga ia tercapai... 


p/s: panjang aku membebel ropanya.... x_X

Sunday

Al-kisah Seribu Satu Kenangan

"Friendship is not about how much we care when we are together, 
its about how much we care when we are apart"

Al-kisah pasal aku yang suka join a lot of programme. Tak kisah la program pasal apa, aku join jer. Sebab aku memang suka jumpa orang. Dulu pernah aku berangan nak jadi kerani kaunter bank dengan alasan, boleh jumpa ramai orang. 

Sepanjang aku join program, hanya ada 1 program yang memang berbekas kat hati aku...
(Memang kelakar bila lelaki cerita pasal ni. Sebab semua lelaki nak macho la, cool la tp ni sume kaum2 yang aku anti.. sebab bagi aku mereka poyo, bersikap demikian sebab nak pikat awek!. (x_X)).

Berbalik pasal program ni, masa akhir semester baru-baru ni aku dapat satu mesej dari rakan aku ajak aku masuk baksis. Dengan malasnya aku mengiakan saja tapi aku berat hati nak pergi sebab aku kekurangan wang dan hati aku memang kat rumah (dah lama gila babeng kot xbalik).

Bila tiba time induksi program, aku ponteng. Malas siutt!.. aku tidur jer dalam bilik!. pergi hanya waktu makan.(sebab makan free n sodap). Hanya sekali jer, iaitu time mesyuarat akhir aku pergi (tu pun takut pengarah projek merajuk..).

u guys are awesome
Bayangkan semua yang join program ni, hanya 2 org jer aku kenal, yang len aku ke"blur"an so aku punya mood memang down. Tapi last2 aku memang enjoy habis program ni. Semua team memang sempoi, can cooperate perfectly n i do really enjoy each n every moment, even though ada barang paling bernilai pada aku hilang pada waktu program ni. aku cuba gagah untuk enjoy sebab korang memang happening.

Terima kasih buat mereka, ada banyak perkara aku belajar secara tak sengaja dalam program ni. Benda-benda ni memang membuat aku jadi makin kuat. Sincerity yang mungkin orang lain tak nampak tapi aku nampak walaupun kita semua hanya kenal waktu program itu sahaja. 

Aku memang nak ucap terima kasih bebanyak kat korang.. SUMPAH! aku akan ingat semua benda ni.. 

ikhlas, 

Abang Long

p/s: sorry aku bukanlah seorang yang pandai ekspresikan sesuatu melalui words.. but i try...

Wednesday

Aku BEBAS Dari Cengkamanmu..

Tanggal 12.12.2010 Jam 12.15 tengahari. Hari itu adalah hari yang paling best dalam hidup..
rasa macam nak baling meja, kerusi n juga orang kat keliling jer.. hahaha...

gambar sesajer nak menyemak..(kenangan ni)





the seventh!!
cop!!..
aku bukan jadi orang tawanan erk!!..
aku bukan jadi anak ikan orang erk!!..

aku BEBAS dari memegang title seorang pelajar secara non-official... huhuhu.. 
officially aku bebas bila aku dapat result akhir nanti.. 
so sekarang aku telah mengisytiharkan diriku sebagai penganggur terhormat. PEEWWIIITT..
tapi, disebabkan aku BLUR, tak tahu nak buat apa kat rumah, aku dengan "bonafide"nya dan dengan rela dirinya masuk BAKSIS..(cam poyo jer).
so tinggalkan aku masih setia kat kolej yang serba "CANTIK" ni.... 
paling best!!!.. aku boleh guling-guling atas jalan sebab siyes! aku rasa aku sorang jer wujud kat kolej ni.. hahaha... 
SUMPAH I LIKE!!!...


kotak-kotak yang bakal ku bawak pulang


Tiga hari berkampung kat sini sepatutnya ada kursus induksi, tetapi aku dengan ini mengisytiharkan yang aku demam kura-kura, so aku tak boleh nak pergi.. hehehe (mati aku kena karate dengan big boss kalau dia tahu ni)..




apa pun, hari ini aku menjadi penghuni bilikku 2-28 yang setia.. pasni tak boleh nak bermanja dah dengan bilik ni.. hahaha..


Congratulation!! Wishing u a rockin career!!
the seveth cake :]
peace! vetto!

p/s: sorry!! pic memang tak sama dengan cerita.. tapi itulah yang berlaku sepanjang hidup aku during my examination month.. :]

Thursday

Salam Aidiladha dari Perantauan

Raya Aidiladha baru jer settle kelmarin...
Kali ni buat 1st time dalam sejarah hidup aku, aku tak beraya kat rumah, tapi dekat my second home (kolej aku daa)..
Mula-mula (aku tak nak tipu la) memang aku rasa inilah raya yang paling tak best sekali dalam hidup aku...
Akhirnya it was turn up to be one of my memorable moment ever and I will cherish it!!

Actually we spend our quality time at Jitra, my junior's house. Since his family pergi Norwich, so kami boleh laa menggunakan rumah itu sebagai tempat berlindung sempena hari berbahgia tu. 

We all do really enjoy it, cooking together, laughing, eating, watching, cursing, wearing baju raya etc.. :D

Seriusly, bila kami pergi mall or mana-mana tempat kunjungan ramai orang, kitaorang jadi center of the attention (terdapat unsur-unsur riak di sini).. mana tidaknya, semua berbaju melayu lengkap dan bersampin. Paling tak leh blah, pakai sampai malam.. hahahaha... APE PUN, pedulik dengan apa orang fikir.. yang penting kita ENJOY!..

YEAAHH!!! Enjoy!, especially tengok makanan yang hampir-hampir siap di masak oleh chef Sopie dan juga di bantu oleh si kuat tido, Faizal. hahaha.. yang lain, Remen,  Rizal n Me tolong hidang, makan dan cuci mencuci!.. 
Spagetti!! (mmg turn on abis selera)
Spagetti pnya kuah
(nampak mmg tak sedap, tapi bila makan, mau tambah lagi)
Kuih Raya Haji.. :P
kat atas tu, hidangan kami di hari raya,.. memang delicious habis... hahaha!!.. ini baru sikit, ada lagi sebenarnya... Owh lupa plak!!.. ni semua adalah hidangan dari air tangan para TERUNA BUJANG.. 
kek yang dah kena karate..
Yang kat atas ni kek sempena hari jadi Faizal.. Sebenarnya, hari jadi dia sehari sebelum raya qurban, tapi kami sengaja mengSUPRISEkan dia dengan menyambut lewat sehari. hahaha....

Even though, we all enjoying our raya, tapi study tak lupa.. alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan yang betul-betul menyokong rakan mereka. Malah bersaing secara sihat... hari tu jugak, selang seli dengan mood raya, ada jugak perbincangan tentang subjek pelajaran, meskipun aku bukanlah sebahagian daripada batch mereka (aku senior, mereka semua junior). Mereka tetap menolong aku...

Arigatoo Kawan-kawan for a wonderful day..

Vetto!!!

Wednesday

Meggi Simpson

Haa.. ape korang duk fikir?.. Kartun Simpson la too kan.
bukan Meggi ni laa, 
tapi Meggi ni ha... kat bawah ni


adoyaii!!...

Dah beberapa hari dah aku asyik makan benda ni jer pagi petang.. sebab nak jimat duit. sebenarnya aku bukanlah HUGE FAN meggi ni, mama aku (serius) tak pernah ajar pun anak-anak dia makan meggi sejak dari kecik lagi. Jadi, aku dah biasa say NO to meggi. 

Tetiba aku jadi naik risau dengan meggi ni, nak tau kenapa?....
  • Walaupun dia high kaborhidrat tapi dia low fiber, vitamin dan mineral
  • Boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, sakit buah pinggang even kanser.. T_T.
Kajian dah dibuat, baik dari Malaysia or Amerika yang Meggi mempunyai natrium 1000 milligram. Kompem korang tak faham.. Natrium atau lebih glemer nama dia, Natrium klorida, yang juga femes dengan nama garam biasa atau garam makan, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Benda alah ni jugak di guna sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin dan MEGGI.. 

Kajian mengatakan seseorang kanak-kanak umur 4 tahun dan dewasa memerlukan hanya 2400 milligram sehari... Aiiiyaaakkk!! matilaa.

Aku ada gak google pasal cara terbaik nak masak meggi, tak tau laa betul ke tak.. cari sebab terpaksa, coz poket tengah kering sekarang ni. Ni caranya, (dah macam chef kelas memasak dah aku ni).

Cara masak meggi yang betul:
  1. Merebus mi dalam periuk dengan air.
  2. Setelah mi dah masak, keluarkan mi, dan membuang air yang mengandungi lilin.
  3. Didihkan satu periuk lagi air panas dan masukkan mi ke dalam periuk tu sehingga ia mendidih pastu jangan lupa plak tutup api, amuk plak mak korang..
  4. Bila api dah tutup dan semasa air tengah-tengah panas tu, masukkan bahan-bahan lain.
  5. Tapi kan, jika korang makan mi goreng, korang kuarkan mi dan letaklaa bahan-bahan tu
Ni adalah sebab kita nak buang wax a.k.a lilin kat mi tu haa.. korang mesti perasan bila letak mi dalam air mcm ada putih-putih. tu wax laa.. kalau nak ilangkan wax ni dari badan, ia mengambil masa 4 hingga 5 hari.. (x_X).

Pastu satu lagi dengan cara ini, kita mengelakkan MSG bertukat jadi racun. MSG ni stand for Monosodium Glutamate yang berperanan menjadikan perisa benar-benar tulen. kalau silap cara masak, ia boleh membuatkannya menjadi racun. 


DINASIHATKAN MAKAN MEGGI 3 KALI JE SEMINGGU 
ATAU 
JANGAN MAKAN TERUS LAGI ELOK!!..


++ Kalau ada salah pasal info kat atas, tolong betulkan saya..

Sunday

Banjir + Cuti = Study

Poning laa... Sekarang musim banjir kat negeri Kedah ni haa.. seriusly, mmg teruk laa teramat, even nak gi Alor Star pun amik masa sampai 2-3 jam.. tak caye? amik ko!...
Ni kat Pekan Jitra
Pekan Changlun yang terindah.. X_x
Laluan ke UUM
Kan dah cayer... aishh!!...
Banjir punya pasal, aku pergi balik Alor Star sampai 9 jam.. 
Ko bayangkan 9 jam dalam kereta dan dalam 5 jam duk kat satu tempat tak bergerak coz of traffic jam..
Time too memang macam-macam bunyi ada dalam kereta..
siap boleh pulak duk nyanyi macam-macam lagu.. (kebetulan petang too, sinar pasang lagu baik punya!!), apa lagi MELALAK laa!!.. hahaha...
aku ingat lagi pakcik yang drive kereta sebelah aku, pandang semacam je kat kitaorang.. hahaha. SORRY PAKCIK!!.. tetiba teringat lagu cambest Sorry Sorry - Super Juniors..

aper pun, bak kata kawan-kawan aku, itulah pengalaman... pasni leh laa citer ke anak cucu.. hehehe..

SEKIAN TOPIC BANJIR..

Masuk plaks TOPIC CUTI & STUDY,

Disebabkan dah banjir, UUM jadi darurat, final exam yang sepatutnya just around the corner iaitu pada 8 November 2010 telah dianjakkan kepada 21 November 2010. Aku punyalah tension, sebab aku punya paper habis awal, tetiba menjadi paper yang paling last habis... (12 Disember 2010) grrr!!!.. tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat bercuti.. hehehe... 

Since, aku memang kaki malas study.. aku decide tak nak balik rumah sebab kalau kat rumah WAJIB!! takde harus atau makruh aku tido, makan & tengok TV... 

Sekarang! tinggallah aku sengsorang di kolej kediaman aku!!.. 
Apa yang perlu aku buat ialah AKU PERLU TEGARKAN DIRI AKU..!!

PEACE!!

Tuesday

=_="

kerja.. kerja.. kerja..
assign.. assign.. assign..
mid term.. mid term.. midterm..

bila laa semua ni nak habis... adeh!! 

Final Exam is getting closer and closer....
  • Juris assign
  • Evidence assign I & II
  • Mid term Evidence
  • Presentation for Company
  • Mock Trial
  • Company Article Review (amendment)
  • Company Past Year Question
  • Mooting Civil
  • Amended affidavit
  • P. Practice Task
  • Notes for all subject
  • FINAL EXAM!!
oh my gosh!!!... banyaknya!! setelah aku senarai barulaa aku perasan.. aku seorang pelajar yang teramat sibuk!!...

gotta konsentret now!!! 

gambatte!!!!.........

Thursday

Goodbye My Little Angel

sayang, u memang selalu di samping I,
u tak pernah komplen sepatah haram pun arahan I,
u selalu menolong I ketika I memerlukan u,
u jugak selalu berkongsi rahsia dengan I 
dan tidak pernah sepatah pun lagi rahsia kita u pecahkan..
tetapi yang... 
sekarang kita sudah tidak bersama lagi...
u sudah berwajah plastik, tidak lagi seperti dulu..
tetapi I tetap menyayangi u seadanya...
segala rahsia kita, semua kenangan kita telah hilang dari semadi mu...
terima kasih sayangku....

**************************************************************************************************************

aku sebenarnya tengah tension, sangat tension apabila semua kerja yang dkena buat 2x. Baru jer nak rehat.. tetiba jadi camni plaks... grrr!!!.... 

bukan too jer.. disebabkan sayangku ni laa.. aku hilang DIA.. tapi aku masih memohon padaNYA agar diberi kekuatan untuk aku meneruskan hidup aku... sesungguhnya aku sangat penat laa...

sayangku, LAPTOPKU.. kenapa semua jadi begini...
kenapalaa kami kena berperang disebabkan kamu....

**************************************************************************************************************

Baby, are you down, down, down,down, down
Even the sky is fallin' down....
(Jay Sean - Down)

Wednesday

Bila Saling Tidak Memahami...

My mouth is unstoppable..
people who can accept it.. thank you so very much!!..
people who cannot accept it.. Just GO!.

-----------------------------------------------------------------

Susah untuk memahami seseorang. Aku memang setuju!, bak kata ustaz aku time mula-mula aku belajar subjek Ttransaksi Islam, "KENALI SAYA TAPI TOLONG JANGAN FAHAMI SAYA". Pelikkan ayat ni. pada mulanya aku tak faham maksud dia, jadi aku simpanlah ayat ni dalam kotak kapla otak aku ni.. Setelah 2 tahun lebih, barulah aku memahami ayat ni.

Kalau la aku ikut cakap kawan aku yang sorang tu, "Sycocuko, ko rapat dengan semua orang, tapi hati-hati kekadang ia akan di salah ertikan". Aku dengar tapi aku buat bodoh jer!. Terima Kasih kawan dan maaf coz' aku tak dengar nasihat ko awal-awal dulu...

-----------------------------------------------------------------

Kenapa perlu nak besarkan perkara yang kecil?. Perlu ker sampai nak semua manusia di alam maya tahu.. Perlu ker nak membawa semua sahabat memaki bersama anda?.. Rasanya tak perlu semua itu..

Jika dapat di putarkan kembali ke masa lalu pasti masalah itu tidak akan di ulanginya. Namun, inilah kehidupan dan perlu mengakui kesilapan sendiri dan menerima akibatnya. Betullah jugak orang berkata Khilaf, ayat yang ringkas namun mempunyai maksud dan implikasi yang cukup mendalam..

Pandang ke depan dan melupakan kesilapan adalah jalan terbaik namun ingatan dan luka lama pasti terasa semula apabila di kenang...

URUSAN YANG KECIL AKAN MENJADI BESAR BAGI ORANG
YANG BERJIWA KECIL , MANAKALA URUSAN YANG BESAR
AKAN MENJADI KECIL BAGI ORANG YANG BERJIWA BESAR
(xder kaitan pun dengan posting.. tapi aku suka ayat ni..)

p/s: tak elok untuk berblogging apabila perasaan marah, bengang, malu dan kecewa menyelubungi diri.. rasanya elok jerla aku berundur diri..

Balik Sintoku, Japan.

pejam celik.. pejam celik.. dah nak tamat cuti raya..
mood raya pun dah tamat..
sekarang tinggal mood buat kerja yang berlambak-lambak too haa..
habis laa aku pasni, awal2 xnak buat.. sekarang baru nak insaf, sah2 laa buat sambil berlinangan air mata menggunakan semua kuasa kuda yang ada untuk siapkan before due date. adeh!..

aper pun, ikhlas ak xsabar nak balik sintoku, japan too haa..
aku pun tak taw kenapa but i really miss my room there n my life over there..
been counting the day since 2days ago.. hehe..

malam ni aku akan cuba siapkan satu task dulu. hope i can finish 10 pages pny task in one nyte. hehe..

gambate~ sycocuko!

Sunday

Akhirnya ku jejak jua...

Nak melompat ke nak terharu...
arrghhh!! Lompatlah!!! 

HOOOOReeeYY!!! 
Dah sampai umah... (mood dak kichik) :p.

2 bulan menghilang.. maka arini dengan rasminya aku pulang ke rumah untuk menyambut Hari Ghayo!!..
kalau sebelum ni 6 bulan sekali barulaa nampak batang idung aku kat rumah.. tahun ni 2 bulan jadi anak perantau dah boleh balik rumah.. hehe..
"Terima Kasih Cuti Raya"..

Kapla otak dah merancang macam-macam dah ni..
nak pergi shoppin raya.. (WAJIB).
nak pergi bazar ramadhan keliling kampung.. (WAJIB).
nak makan masakan mama yang supreb!! SANGAT WAJIB).
nak lepak dengan member-member (SANGAT WAJIB).
nak bukak poser kat luar (TAK WAJIB) -->selalu sangat dah... 
nak ronda-ronda cari jam tangan n cincin baru (YANG NI MEMANG WAJIB).
nak pergi peberet place aku.. Lokasi: DIRAHSIAKAN..hehe... (WAJIB).
fuuhh!!! banyak plan ni.. 
assignment leh tahan banyak...
macam tak boleh masuk jadual jer...
hehehe...

apa pun.. aku bahagia dapat pulang ke kampung halaman tercinta..
btw, arini mama masak gulai ikan patin, lala masak lemak, ikan masak asam... (meleleh!!)
owh!! mama gemuklaa anakmu ini... :p

peace! 

Tuesday

Selamat Hari Kemerdekaan MALAYSIA!



Aku anak Merdeka..
Bangkit dari genggaman sejarah..
Berdiri megah di tanah bertuah..
Bangga dengan perjuangan anak bangsa..
(cebisan puisi aku reka seniri... hehehe...)

Hari ini maka genaplah 53 kita menyambut Hari Kemerdekaan...
Pejam celik-pejam celik sekejap jer angka meningkat..
Dulu, Merdeka menjadi sebuah titik kebanggaan pada anak bangsa..
sekarang ini, ia hanyalah sekadar cuti biasa...

Sebenarnya kita patut menghayati hari ini...
mengenangkan sejarah disebaliknya...
mengerti perjuangan dibaliktabirnya..
menghayati semangat dan azam para pejuangnya...

mengenangkan jasa mereka yang bangun memerdekakan..
mengenangkan keringat darah mereka yang bangun memerdekakan..
mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan..
NEGARA KITA MALAYSIA...

Pada masa tu barulah kita merasa bahawa kita bangga menjadi ANAK MERDEKA..

Sunday

Terkena Buat Kali ke-2

Apalah nasib diriku yang malang...Oh! Tuhan...!!... sob.. sob..

Aku tengah sedih ni. sedih teramat sangat ni.. 
(tak caye tengok air mata aku membanjiri lantai ni ha..)

aku sedih bukan sebab takde tiket raya..
aku sedeh bukan sebab tak sempat beli baju raya..
aku sedeih bukan sebab ak kena dump awek ke aper..

TAPI aku sedih.. takde orang bagitaw yang arini aku ada test..
on the way nak pergi kelas baru laa ada yang bagitaw...
dengan pecutan mengalahkan Usain Bolt..
 tanpa memikirkan orang kiri kanan tengok aku..
aku berlari macam histeria pergi kelas.. chait!..
sampai kelas aku amik kertas and jawab...
rumusannya, aku memang tak taw apa-apa pun soalan yang dia bagi tu..
sangat susah.. (sebab tak baca).. T_T...

"kenapalaa korang tak bagitaw..
aku taw laa aku tak masuk kelas sebelum ni..
aku tak masuk pun sebab buat assign untuk korang gak... 
udah ku bilang beberapa kali.. kalau ada info sila bagitaw aku.. 
(emo... emo.. emo...)"

tapi tak per laa aku pasrah coz buat kali keduanya 
aku terkena untuk benda sepenting ini...
maybe aku kena ambil langkah precaution yang len...


Bersabarlah Encik SycoCuko... 



Wednesday

Salam Ramadhan El-Mubarak

Hari ini bermulalah para syaitan di gari, yg tinggal hanyalah nafsu. Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan kali terakhir aku di universiti Terasa sedih pun ada sebab ni la ramadhan last kami kat sini. lepas ni dah takde dah ramadhan bersama rakan-rakan. Semua itu hanya tinggal kenangan. 

Tapi aku takkan mensia-siakan Ramadhan ini. walau macamana sekalipun, Setiap bulan Ramadhan akan ku cuba sambutnya dengan sebaik mungkin. Mungkin aku tak alim, tak warak dan seangkatan dengannya, tetapi aku cuba untuk menjadi manusia ke arah itu.AMIN...

Pagi tadi Alhamdulillah aku sempat bersahur.hehe.. Dengan semangat hampehnya, aku tak tidur malam dengan rakan-rakan yang lain semata-mata nak bersahur. Berjaya jugak kami bersahur kat Kedai Jaguh tapi walaupun kedai sasaran kami tak buka..Frust.

Hari pertama bersahur, aku melantak nasi putih 2 pinggan, daging masak merah dan air tea tarik. Alhamdulillah.. bersyukur sesangat.. tapi tang nasi dua pinggan tu.. tolong faham yer.. aku kelaparan dari petang hari lagi.. hehehe...

Sekarang misi bersahur hari pertama berjaya, misi seterusnya aku nak meraikan Ramadhan sebaik mungkin.huhuhu...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

Thursday

Mooting like Footing..

Semalam baru habis mooting... mula2 memang seronok bagai nak rak, tapi selepas sorang kena fire dgn "Pakcik Hakim".... pastu sorang lagi kena fire... aku terus down... Bila sampai giliran aku.. aku bagi jer laa.... setakat aku mampu. kena gasak teruk gak dengan "Pakcik Hakim". Macam-macam soklan di putarbelitkan pada aku.. pening jugak aku duk fikir nak menjawab.. lepas jer giliran aku perang mulut tamat.. aku tarik nafas panjang-panjang.. LEGAA....

Aper pun aku ucap terima kasih bebanyak kat partner aku yang banyak tolong aku.. kalau tak.. aku tak rasa kita boleh menang... walaupun bagi aku, overall performance was totally suck tapi aku rasa kami patut dapat tepukkan atas usaha kami.. Arigatoo miss Lina... :).

Tapi bila fikir2 balik, menyesal giler dulu tak nak masuk mooting time persatuan buat mooting inter batch. Bila dah final sem, baru nak masuk, macam2 kesalahan dapat di detect. Hati pulak dengan pasrah berkata "Kalau laa aku buat macam ni tadi, tentu boleh patah hujah pihak lawan". Inilah balasannya apabila buat kerek zaman dulu2, kononnya mooting ni tak susah pun.. Aish.. menyesal tak sudah..

Aperpun, this is one of the best experience ever, malam tu tak tido buat benda mooting.. masing2 terguling depan cafe dan selepas tu, awal2 pagi pergi mooting... perrrghh.. sweet memory beb!..

p/s: Kalau boleh aku nak putar balik masa ke zaman dulu2. aku nak join mooting semula... T_T

Tuesday

Stress & Huggin!!

STRESS!!! STRESS!!..

Macam nak tarik semua rambut ada kat kepala kan. Memang tak suka duk dalam situasi ni.. bak kate orang Terengganu “sgt dok selese weii!!”..

Banyak cara nak hilang stress.. tapi pernah dengar tak hilang stress melalui pelukan??... hehehe.

Bunyinya macam pelik kan, tapi cara ni amat ajaib sekali dan aku rasa ini memang terbaik laa. Bunyinya a little bit cliché. Kenapa aku cakap camtu?. Iyer laa kalau peluk ni ada pelbagai jenis peluk. Ada peluk erat2, ada peluk manja2, ada peluk ghairah, peluk bantal, peluk sesame jantina... (aduh!! List semua sampai esok tak abis), yang part cliché aku cakap bila peluk sesame jantina, kalau pompuan peluk pompuan normal. tapi bila lelaki peluk mcm too, ada yang pandang geli. tapi bagi aku normal jer.

                                                  so you think you can dance??

Ok!.. back to the topic..

Bila kita berpelukan.. kita pasti akan rasa lebih tenang,damai, makmur, bahagia (melalut lagi) di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika korang mempunyai teman baik perempuan sama perempuan, peluklah dia, jika korang memiliki anak patung (teddy bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika korang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing korang juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan korang.

Berpelukan boleh menyembuhkan masalah fizik dan emosional, bahkan boleh mengatasi stress dan depress. Dr Harold Voth, senior psikatri dari Kansas, Amerika Syarikat, berkata berpelukan mampu mengelakkan depression, mentune-upkan sistem kekebalan tubuh, tidur lebih nyenyak, dan of cos awet muda.à MENARIK NIE!!

Haa... Bagaimana berpelukan boleh beri effect yang hebat camnie?

Ketika berpelukan, tubuh melepaskan oxytocin, hormon yang berhubungan dengan perasaan cinta dan kedamaian yang bekerja menekan hormon penyebab timbulnya stress. Sehingga akhirnya, tentu saja akan bawak pada kesihatan jantung dan fikiran. Jeng.. jeng.. jeng..

Sebenarnya, hormon oxytocin ini akan tercipta dalam sebuah hubungan sehat yang tidak sering diwarnai pertengkaran ataupun kekerasan. As we know, tidak semua orang ada hubungan yang membahagiakan, tapi apa yang perlu kita tahu ialah kualiti sebuah hubungan menjadi kayu ukur pada kesihatan seseorang.. 

Korang stress ke skrg ni??? Masalah kerja?? Family?? Member?? Haa.. cari laa orang atau apa2 jer yang boleh korg rasa selesa untuk memeluk. Paling tidak korg akan merasa nyaman dan dilindungi untuk beberapa saat.

TAPI INGAT!!!!.. berpelukan sesame muhrim n benda halal jer.. hehehe..  

Monday

SADist Sigaraga

Hari ni paling memalukan dalam hidup aku kat Ulu Banat ni..
adeh!! gi mana laa leh jadi camtu.. 
aperpun benda dah jadi.. terima jer laa dengan redha..

tapi aperpun.. sodehnya, aku buat kawan aku sorang ni riso..
baru semalam aku duk nyanyi pasal bahagia+heppi tengok dia sekarang...

tup2.. arini dia cakap "ak heppi???"...
aku faham maksud dia...
Damn!!!! Damn!!!! Damn!!!
camner laa aku leh buat mcm too..
I hate seeing kamu like that... u gave me a lot of things that I couldn't ever imagine that I can get from others.. just THANK YOU that I can say to you but this time.. DAMN!! sorry for making such trouble...


***kenapa aku letak pic kucing ni???.. virus kawasaki koksaki tul laa..
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...