::Putaran Bumi::

Friday

Lady Gaga Kutuk Malaysia!!

Katakan TIDAK!!
Lady Gaga dalam satu lawatan ke ibu pejabat Syarikat Google di Mountain View, California telah mendesak meminta pemuda-pemudi harapan bangsa Malaysia ni supaya bersama-sama dengannya memprotes penapisan lirik dalam lagu terbarunya "Born This Way". Lagu ni mempunyai lirik yang mendorong penerimaan kaum gay.

Lady GayGay, Lady Gaga mengkritik selepas Associated Press telah melaporkan yang sebuah stesen radio di Malaysia memainkan lagu Lady GayGay, eh! silap!.. Lady Gaga yang telah diedit lirik "NO MATTER GAY, STRAIGHT OR BI, LESBIAN, TRANSGENDERED LIFE, I'M ON THE RIGHT TRACK BABY".

Thursday

Suatu Cerita Buat Mereka Yang Kecundang SPM

Lama aku lesap dari ruang blog aku, bukan kerana aku malas atau mengulor tetapi aku sekarang dah tak macam dulu, sekarang aku menghambakan diri aku untuk mendapat sesuap nasi, kalau dahulu, aku banyak menghabiskan masa lepak, hingguk-hingguk kepala, terkinja-kinja ke sana ke sini jadi banyak la masa aku terluang. Semalam baru sahaja keputusan SPM keluar. Aku teringat waktu ketika aku masih lagi di alam remaja dulu tua ke aku sekarang?. Hari mendapat keputusan SPM, aku macam biasa muka poyo pergi sekolah. Bila dapat jer slip keputusan SPM kat tangan, hancur dunia aku. Bayangkan keputusan aku takde sebijik pun A dan matematik moden aku E, yang lain jangan disebutlah.. terseksa aku bila tengok keputusan aku tu. 

aku yang clueless di suatu ketika...

Wednesday

Derma Darah ke Derma Dara?

Pagi-pagi lagi abang ipar aku kejutkan aku bangun tidur pukul 11 kira pagi la kot, dia cakap "Jom! pergi hospital, doktor call suruh derma darah". Aku termamai mendengar perkataan DARA bukan DARAH. Aku sound balik "aku jantan bermaruah!". Lepas aku cakap baru aku perasan aku lalok!.. XD.

Teringat bila mula-mula aku derma darah dulu, aku seorang yang takut jarum sebenarnya, tetapi sampai sekarang aku dapat ramai feedback penuh dengan tanda soal pasal macam mana aku seorang yang takut jarum boleh menderma darah. :P. 

Dulu semasa mula-mula menderma, aku punya jantung macam nak terkeluar dari dada. Aku ingat lagi, masa itu, aku tahun akhir Diploma. Ini semua gara-gara aku teringin sangat nak tahu jenis darah aku, memandangkan setiap kali aku mengisi borang yang memerlukan aku menulis kumpulan darah, aku dengan sukacitanya letak jenis A sebab aku nak jadi budak cemerlang. XD. Sumpah! aku cakap, ni alasan paling superb aku ada masa tu.. Ok! Cukup gelakkan aku!.

Semasa check tekanan jantung aku, memang tak normal sebab aku gemuruh tahap gaban!. Mahu tidaknya aku gemuruh, bila terfikirkan jarum yang tebal dan panjang


Super Juniors vs Michael Buble

----> Ni situasi kat tangga..

Sorry... Sorry.. Sorry.. Sorry..
Naega Naega Naega Munjuh......
(Dengan mood terkinja-kinja)

Ape ke hal kawan aku ni sorang, giler ke haper, tetiba je terhingguk-hingguk satu badan sambil bawak beg besar. Dengan muka separa kacak aku tanya "Ko nak gi mana?". Dua patah jer dia jawab "balik umah!". Aku senyum dan seperti biasa berpesan "Bawak balik makanan lebih skit.".hehehe. Itu ungkapan peberet aku buat kawan-kawan aku yang balik umah.

----> Ni situasi kat Mall plak..

"Eh! Wawa, pehal tergopoh ni?..". 
"Buble, buble!! BYEEE!!"..  Wawa jerit sambil berlalu..
Aku pun terpinga-pinga berdiri kat situ, konon aku faham la sangat pekebenda minah ni bebel..


Sorry.. Sorry.. Sway.. Sway.. OoOo. Yeah!..

Line Putih Line Hitam..

Sebenarnya dah lama aku tak update blog, bukan malas! bukan bosan! tapi aku banyak kerja tipu. Aku tadi terbaca laa posting member-member tak pernah hadap muka.(member bloggers laa). Aku macam terpesona dengan debat hitam putih diaorang.. sorang cakap background hitam lawa, sorang lagi cakap background putih cun. 

Pastu aku bukak plak group persatuan aku kat FB (bukan persatuan peminat aku).. Tengok wall satu persatu.. yang keluar sume duk perang mulut typing rumah saper paling cool. sorang kata hitam, sorang kata putih. Dah macam perang pilihanraya, kalah kot perang pilihanraya kat Merlimau Melaka. Siap ada maskot lagi too.. yang paling tak leh blah!.. lagu Amy Mastura-Kasih Suci jadi lagu tema team putih.. almaklum laa dalam lagu too kan ada lirik"yang HITAM harus dijauhi, jangan disimpan dalam hati, PUTIHkan jiwamu dengan kasih suci".. aku siyes bantai gelak.. Mula-mula aku ingat diaorang gaduh pasal rebut kuasa ke, rebut awek ke.. last-last ropanya ada famili day. bertambah kelakonya lagi, kalu kita dulu rumah sukan famili day warna hijau, kuning, merah dan biru tapi diaorang warna Putih dan Hitam.. adeh!!.. 

Friday

Aku Nak Jadi Lelaki Cantik!.

Terngiang-ngiang kat telinga aku benda yang aku baca semalam, siap dah boleh hafal dah!.. Aku otomatik teringin nak jadi Lelaki Cantik!.. 

Aku tahu selama ini aku dalam golongan kategori separa kacak!.. tapi setelah membaca artikel tu, perasaan aku nak jadi Lelaki Cantik! makin menjadi-jadi. Aku sanggup bermaskara, bergincu, mewarnakan pipi, pakai eyes shadow yang di asaskan dari ayat-ayat dan bait-bait katanya.. 

Aku nak jadi Lelaki Cantik sebab Lelaki yang cantik..... 

  • Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  • Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  • Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Adalah lelaki yang baik sangka.
  • Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa.
Paling penting, kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani serta mereka yang berdiri di atas kemuliaan hati.

aku nak jadi LELAKI CANTIK sebab seluruh kecantikan lelaki ada pada Muhammad yang Ummiy....

Thursday

Artikel Fitnah! Apa Hak Aku?


Sejak Akhir-akhir ni, banyak sangat cerita berkenaan dengan artikel yang diposkan berunsur fitnah, memalukan dan menjatuhkan maruah!.. Kekadang aku tengok mangsa seolah-olah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa selain bersedih, bermuram durja dan seangkatan dengannya... 

Aku just nak kasi sedikit cerita berkenaan isu ni dan hak kamu dalam perspektif undang-undang. (Ini bukanlah lengkap sangat tetapi cukup untuk memberi gambaran pada mereka).

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut bahawa kita mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi harus diingatkan hak ini bukan kebebasan mutlak, maksudnya ada sesetengah perkara kita tak boleh tak boleh bersuara sewenang-wenangnya, contohnya sesuatu isu yang mampu membawa kepada fitnah dan hasutan sekaligus membawa kepada negara menjadi huru-hara.

Fitnah!!! adalah sesuatu kenyataan yang ditulis oleh seseorang itu boleh menjatuhkan reputasi seseorang yang dan mengundang benci kepada masyarakat setelah kenyataan itu dikeluarkan. Contohnya: 

"Azroy tulis dalam blognya bahawa Ghani adalah seorang "PEROGOL BERSIRI" dan Komuniti Sahabat Blogger membaca kenyataan itu, terus percaya yang Ghani memang perogol bersiri dan memulaukan serta memandang serong pada beliau".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...