::Putaran Bumi::

Wednesday

Salam Ramadhan El-Mubarak

Hari ini bermulalah para syaitan di gari, yg tinggal hanyalah nafsu. Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan kali terakhir aku di universiti Terasa sedih pun ada sebab ni la ramadhan last kami kat sini. lepas ni dah takde dah ramadhan bersama rakan-rakan. Semua itu hanya tinggal kenangan. 

Tapi aku takkan mensia-siakan Ramadhan ini. walau macamana sekalipun, Setiap bulan Ramadhan akan ku cuba sambutnya dengan sebaik mungkin. Mungkin aku tak alim, tak warak dan seangkatan dengannya, tetapi aku cuba untuk menjadi manusia ke arah itu.AMIN...

Pagi tadi Alhamdulillah aku sempat bersahur.hehe.. Dengan semangat hampehnya, aku tak tidur malam dengan rakan-rakan yang lain semata-mata nak bersahur. Berjaya jugak kami bersahur kat Kedai Jaguh tapi walaupun kedai sasaran kami tak buka..Frust.

Hari pertama bersahur, aku melantak nasi putih 2 pinggan, daging masak merah dan air tea tarik. Alhamdulillah.. bersyukur sesangat.. tapi tang nasi dua pinggan tu.. tolong faham yer.. aku kelaparan dari petang hari lagi.. hehehe...

Sekarang misi bersahur hari pertama berjaya, misi seterusnya aku nak meraikan Ramadhan sebaik mungkin.huhuhu...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...