Haa.. ape korang duk fikir?.. Kartun Simpson la too kan.
bukan Meggi ni laa,
tapi Meggi ni ha... kat bawah ni
adoyaii!!...
Dah beberapa hari dah aku asyik makan benda ni jer pagi petang.. sebab nak jimat duit. sebenarnya aku bukanlah HUGE FAN meggi ni, mama aku (serius) tak pernah ajar pun anak-anak dia makan meggi sejak dari kecik lagi. Jadi, aku dah biasa say NO to meggi.
Tetiba aku jadi naik risau dengan meggi ni, nak tau kenapa?....
- Walaupun dia high kaborhidrat tapi dia low fiber, vitamin dan mineral
- Boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, sakit buah pinggang even kanser.. T_T.
Kajian dah dibuat, baik dari Malaysia or Amerika yang Meggi mempunyai natrium 1000 milligram. Kompem korang tak faham.. Natrium atau lebih glemer nama dia, Natrium klorida, yang juga femes dengan nama garam biasa atau garam makan, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Benda alah ni jugak di guna sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin dan MEGGI..
Kajian mengatakan seseorang kanak-kanak umur 4 tahun dan dewasa memerlukan hanya 2400 milligram sehari... Aiiiyaaakkk!! matilaa.
Aku ada gak google pasal cara terbaik nak masak meggi, tak tau laa betul ke tak.. cari sebab terpaksa, coz poket tengah kering sekarang ni. Ni caranya, (dah macam chef kelas memasak dah aku ni).
Cara masak meggi yang betul:
- Merebus mi dalam periuk dengan air.
- Setelah mi dah masak, keluarkan mi, dan membuang air yang mengandungi lilin.
- Didihkan satu periuk lagi air panas dan masukkan mi ke dalam periuk tu sehingga ia mendidih pastu jangan lupa plak tutup api, amuk plak mak korang..
- Bila api dah tutup dan semasa air tengah-tengah panas tu, masukkan bahan-bahan lain.
- Tapi kan, jika korang makan mi goreng, korang kuarkan mi dan letaklaa bahan-bahan tu.
Ni adalah sebab kita nak buang wax a.k.a lilin kat mi tu haa.. korang mesti perasan bila letak mi dalam air mcm ada putih-putih. tu wax laa.. kalau nak ilangkan wax ni dari badan, ia mengambil masa 4 hingga 5 hari.. (x_X).
Pastu satu lagi dengan cara ini, kita mengelakkan MSG bertukat jadi racun. MSG ni stand for Monosodium Glutamate yang berperanan menjadikan perisa benar-benar tulen. kalau silap cara masak, ia boleh membuatkannya menjadi racun.
DINASIHATKAN MAKAN MEGGI 3 KALI JE SEMINGGU
ATAU
JANGAN MAKAN TERUS LAGI ELOK!!..
++ Kalau ada salah pasal info kat atas, tolong betulkan saya..
3 comments:
makan meggi buat aku rasa macam berdosa..tak tahu kenapa...
me olso.. dosa kat larangan oleh mak!.. T_T
ye,makan megi sama macam mencampakkan diri ke lembah kehinaan..ehehehe
Post a Comment