::Putaran Bumi::

Thursday

Cabaran Aku Realiti Aku

Sebenarnya aku macam tak nak tulis pasal benda ni, tapi bila fikir balik kejayaan aku mengharunginya.. AKU TULIS JER LAA.... 

---cutting short---

Aku adalah lepasan diploma yang berjaya mendapat tempat di universiti walaupun aku langsung tak harap tuk mendapat tempat memandangkan pelajar lepasan diploma menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat di universiti. Alhamdulillah... rezeki aku ada ketika itu, aku berjaya mendapat tempat di universiti di hujung Peninsular Malaysia. 

Aku masih ingat lagi, ketika aku menerima surat tawaran itu, ia adalah merupakan sehari sebelum kakak kedua aku melangsungkan perkahwinan. (time org sebok2 duk masak2). Dengan badan berbau gulai, aku melompat macam orang gila sebab benda yang unexpected, mestilah teruja.. hahaha..

Aku tinggal periuk, terus berlari masuk bilik sebab nak taw aku dapat kos apa.. time too siyes, memang nak terkeluar biji mata bila tengok kosnya.. sekali lagi aku terkejut sebab aku tak jangka aku dapat kos too..(korang tak perlu taw laa kos apa.. xpenting pun).

Setelah fikir masak-masak, aku cekal hati.. lupakan hasrat aku untuk menjadi seorang akauntan berjaya (sebab diploma aku adalah diploma perakaunan.. huhuhu...) aku bawak diri ke hujung Semenanjung Malaysia dan teruskan perjuangan aku nak cari segulung ijazah.

Sememangnya seperti dijangkakan, pada hari pendaftaran memang tak ramai lelaki yang mendapat tempat.. bayangkan seramai-ramai lelaki yang dapat tempat.. aku kenal hampir 95% daripadanya (nak tunjuk.. betapa sikitnya yang berjaya masuk U ni.).

Start dari itu, maka bermulalah cabaran aku sebagai seorang pelajar universiti untuk kali kedua. Akan tetapi, kali ini perasaan aku lain sikit sebab kat situ environment dia lain dari universiti lama aku dan terus terang aku cakap, aku selesa dengan universiti lama aku disebabkan persekitaran dia yang sedikit terbatas coz aku rasa persekitaran lama aku banyak mengajar aku sebuah "kehidupan".

Aku masih ingat lagi, di universiti ni laa (universiti sekarang) aku banyak cekal hati. Pernah aku di perlekehkan kerana aku mengambil jalan yang sukar untuk sampai ke status seorang pelajar ijazah sarjana muda. Aku taw aku pernah melakukan kesilapan ketika zaman persekolahanku. Keputusan aku tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah aku tidak pernah Pass Matematik Moden ketika di form 4 & 5 even SPM aku, aku hanya lulus sahaja subjek ni. Bila ingat2 balik.. mesti cikgu sekolah aku terkejut beruk kalau tahu apa dah jadi pada budak kelas last sekali dan selalu mendapat bottom 5 dalam kelas last too...

Bak Kata orang, Sekali Kita Gagal Bukan Selamanya Kita Gagal. Aku pegang kata-kata seorang Guru Bahasa Inggeris aku time form 2 dulu. LOOK TO THE FUTURE & NOT TO THE PAST, TO FIND THE THINGS THAT YOU WANT TO MAKE LAST. Percaya atau tidak, aku hanya menyelami maksud perkataan ni ketika aku di semester pertama diploma. Time too laa baru aku bangkit dari mimpi siang aku.

Aku takkan lupa ketika di tahun pertama ijazah sarjana muda, ramai kawan-kawan aku berhenti belajar kerana tidak tahan dengan godaan dunia pekerjaan dan juga janji-janji manis perkahwinan. Ketika itu memang crucial... bayangkan semua rakan dah berkereta & berumah tapi kami masih merangkak untuk mencari segulung ijazah. Aku hampir termakan dengan cerita-cerita manis rakan-rakan seusia aku yang lain. betapa goyahnya pendirian aku ketika itu. Kini semua benda ini masih lagi menjadi igauan, terutama apabila ada yang bertanya soalan cepumas "BILA MAU KAWEN? TAK BOSAN KE BLAJO?". Jawapan Bodoh aku untuk melarikan diri "TUNGGU KO BERANAK LIMA BARU AKU KAWEN, AKU NAK KAWEN NGAN ANAK KO!". Hakikatnya, nak jer aku cakap, aku nak kawen tapi aku perlu lunaskan dulu janji-janji aku pada diri aku. Aku perlu bangkit dulu dari kebodohan lampau aku.

Bila masuk tahun kedua, masalah aku makin menjadi apabila daya ingatan aku tidak sehebat ketika aku mengambil diploma dahulu. Bayangkan dulu, aku hanya memerlukan satu malam untuk menghafal semua formula akaun dan mampu membaca 11 bab dengan jayanya.. ALHAMDULILLAH.. tapi sekarang, untuk menghafal sesetengah fakta pun begitu sukar bagi aku. Kekadang mengambil sampai 1 minggu untuk aku ingat. Aku iri hati pada rakan-rakan aku yang lain yang mengambil waktu singkat untuk hafal semua dan hanya sekali sahaja penerangan berbanding dengan aku yang kekadang memerlukan hampir 5-6 kali ulangan penerangan. SABOR JER LAAA...

Ingat lagi, sewaktu mula-mula berkenal-kenalan dengan junior, aku tidak pernah memberitahu umurku, aku menyuruh mereka menekanya. Aku buat semua tu, bukan kerana aku nak mereka lihat aku muda tetapi aku segan nak memberitahu umurku dan segan bila dipersoalkan kenapa lambat masuk universiti. Kekadang aku makan hati apabila di panggil pelajar tua, tetapi aku faham mereka semua bergurau.. cuma ada ketika apabila mereka meng"expose"kan lagi umurku pada generasi-generasi seterusnya, aku jadi makin segan sebab aku tak sanggup nak hadapi soalan-soalan bodoh dari mereka nanti. Pernah aku ditegur di suruh berhenti belajar kerana aku tua dan tidak layak untuk masuk universiti dan aku sepatutnya kawin, duk umah dan bagi makan anak & bini. Ketika itu, aku ingat, ini adalah gurauan.. Nyata sekali dia bercakap dalam nada yang buat aku sedar kekadang Umur menjadi isu penting untuk masuk universiti.

Nak diceritakan, memang ada lagi.. tetapi aku rasa, inilah cabaran utama aku disini.. tetapi sekarang Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan 4 tahun pengajian aku.. aku mampu tersenyum sekarang. Aku tersenyum puas... tetapi aku tidak leka dengan semua ni, jika aku terserempak dengan mana-mana budak diploma yang baru masuk universiti. Aku sempat menasihati mereka even kekadang mereka blur apabila aku cakap "Jadi budak univ ni banyak cabaran" kerna aku takkan ceritakan kisah aku kerna aku merasakan bukan semua menghadapi masalah seperti aku.

Bila diingat kembali segala cabaran aku, aku mula tersenyum sendiri kerna cabaran itu memang mematangkan aku (walaupun hakikatnya luaran aku memang tak matang!). Sepanjang tempoh pengajian aku, aku telan semua kata-kata kawan-kawan & mereka disekeliling aku dengan gelak ketawa dan sifat kebudak-budakan. 

Kini aku masih lagi mencari peluang pekerjaan dan aku masih mencari peluang untuk menyambung pengajianku ke tahap master. Angan-angan aku sebenarnya untuk memegang pangkat "Dr."... =]. Moga ia tercapai... 


p/s: panjang aku membebel ropanya.... x_X

3 comments:

hans said...

aku suka entry nih dan baca dari habis
erk..tua sangat ker bro?
umur berapa?
dekat U aku ada lelaki umur 40 lebih kut
belajar diploma lagi
hehehe

P/S : Thanks Pada Kamu Sebab Undi Saya Yer

-ilhamArman- said...

hans:: aku tak tua sebenarnya.. aku cuma akhir 20an jer tp persekitaran aku adalah mereka yang berumur jauh lebih muda. mereka yang lompat kelas ketika sekolah dulu.. pelajar terbaik stpm sekolah, blh kata top10 sekolah diaorg laa+matriks+asasi.. so umur mereka masuk universiti jauh muda dari aku.. cuma rupa aku jer xmelambangkan umur ak. haha..

p/s: aku bangga bila ramai yang berusia amik keputusan sambung blaja.. diaorg lagi perlu bnyk sacrifice dari aku... :)

yann. said...

salute sama lu bro :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...