::Putaran Bumi::

Tuesday

Estranged New Released Single TODAY:: Pengganti


Estranged memang tahu bila peminat dia dahagakan muzik dia. hehehe. Aku tak nafi yang aku memang peminat diaorang la. Diaorang punya muzik memang kena dengan jiwa aku bila tengah marah. Kiranya bagi aku muzik diaorang boleh bawa mood aku dari kemarahan kepada mood yang lebih positif. Ini yang dikatakan terapi melalui muzik. Sesetengah orang memerlukan muzik yang sedih untuk merawat luka yang terpendam. ayat tak leh blah. Kiranya ini terpulang pada citarasa masing-masing ok!.

Kembali pada topik asal....

Estranged baru sahaja keluarkan video single terbaru mereka bertajuk PENGGANTI pada jam 12 tengahari tadi. Lagu ditulis oleh Estranged dan lirik ditulis oleh Rich. Seperti biasa... Estranged memang tak pernah menghampakan peminat diaorang. Aku memang adore habis video muzik terbaru diaorang. Bagi aku video diaorang mempunyai nilai kreatif yang setanding dengan luar negara. 

Lagu Pengganti ini sebenarnya berkenaan dengan perjalanan seorang profesor ke alam yang berbeza bagi mencari dirinya bagi menggantikan dirinya di alam yang satu lagi. Setakat pemahaman aku berkenaan lagu ni. Ia berkenaan konflik seseorang yang masih tercari-cari siapa dirinya dan pada masa yang sama berharap dapat mengeluarkan dirinya yang sebenar. Aku dah ulang 2-3 kali video ni dan sekali sekala timbul juga rasa bangga dengan hasil air tangan rakyat Malaysia. Aku bangga jadi Anak Malaysia!.

Korang juga boleh melayari laman web Estranged untuk maklumat lanjut pasal lagu ni atau nak download lagu ni dan letak dalam handphone korang!. ESTRANGED 

Ni Single terbaru berserta lirik dari Estranged. Bak kata Fara Fauzana, "Layan!!":


PENGGANTI

Dia sebaris, tenggelam
dan wujud hanya di dalam
ku tau kalau sebenar.
dia tercipta kerana
ku masuk dan keluar
kau tau kalau sebenar.
beralih oh dari kenyataan
terjaga tapi seperti masih bermimpi

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

mindaku pun berkata
soallah jawapan mu
tau yang ianya salah.
diriku berbalas
berani menjawab semua
dan tau apa kena.
oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
ditangguh terlalu lama ohoh

oh, aku tetap
tersinggah di haluan mu
dan serelanya
oh selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

oh selamatkannya
dan oh relakanlah
oh, selamatkannya
walaupun ditanya
syurga jelas dia pengganti

8 comments:

Nobita Sensei said...

not bad.

Qamaruls said...

betulaaaa.. estranged ni leh jd legend tau..

-ilhamArman- said...

@Nobita::yup!.. sure did!

-ilhamArman- said...

@Qamarul:: lama tul ak tak jenguk blog ko + ak stuju yg estranged leh jadi legend!... tp aku harap ko pn leh jadi legend.. :)

Faidhyna Darwina said...

mcm tersirat..susah nak paham hehehe..minta izin follow blog awk...

kindergartenlibrary said...

like2 !

Qamaruls said...

haha harapan laa..
kou lagi hebat kot..

hans said...

owh
minat estranged rupanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...