::Putaran Bumi::

Sunday

Jam Volkswagen :: Bavarian Crono Beetle Series (Karmann Ghia)

Aku memang boleh kata minat habis kat jam tangan. Kemudian seperti biasa aku pusing-pusing dalam dunia tanpa sempadan ni, aku terserempak dengan jam ni. Sumpah! aku jawdroppin'. Aku dah angau nakkan jam ni tapi aku rasa macam takde di Malaysia. T___T.

Jam ini diilhamkan daripada dashboard a.k.a meter kereta merupakan tribute kepada kereta Karmann Ghia. Tengok jer wallpaper jam ni sebijik macam dashboard kereta, sememangnya suatu yang unik yang dibawa oleh Bavarian Crono VW ni. Jam ini mempunyai ketepatan yang tinggi dan mempunyai stainless steel casing (maksudnya tahan karat la).
Tengok tu dia tulis "STAINLESS STEEL".
Jam yang cun ni menggunakan RONDA 702 Buatan Swiss Quartz Movement dan baterinya mampu bertahan selama 6 tahun. *lama kott!. Dia punya case ring macam gambar kat atas ni digilap dengan terperinci sama seperti macamana original speedo ring kereta Karmann Ghia. Apa itu Speedo Ring?. Tengok gambar kat bawah.

Ini dia Speedo Ring
Kiranya jam ni memang menitik beratkan ciri-ciri yang ada pada sebuah kereta Karmen Ghia. Malahan wallpaper jam tangan ini di ambil dari wallpaper speedo ring Karmann Ghia. Jam ini jugak di reka khas sebagai jam kalis air dan juga kalis renjatan elektrik. Berat jam ini pula adalah 45g.

Sila lihat tali!.. HANDMADE!!

Jam Karmann Ghia VW ini mempunyai tali menggunakan jahitan tangan yang di perbuat daripada kulit lembu serta mempunyai permukaan yang pudar dan suram. Jam ini didatangkan khas dengan tiga warna, iaitu hitam, coklat gelap dan coklat klasik.
Apapun pasal jam ni, apa yang aku boleh rumuskan ialah ia sangat cantik akan tetapi wallpaper jam ni mendatangkan kekeliruan pada aku kerana mempunyai nombor dalam bentuk meter. Selain itu, ianya seperti satu jenaka apabila dilihat kita mempunyai meter dalam kereta sama seperti jam di tangan kita.(Harap takde yang kompius pergi tengok meter jam plak nanti semasa memandu kereta. XD). Akan tetapi apabila kita memikirkan dari sudut kreatif, jam ini sangat unik yang mesti dimiliki kerana ia adalah merupakan tribute kepada Kereta VW jenis Karmann Ghia dan aku adalah salah seorang dari mereka yang mengidamkan jam ini... **Meleleh!...

6 comments:

Raji berkata said...

oh weh smart juga tuh
xD berapa lah harganya
hohoho

Qamarul said...

haha wer siap ade mileage lagi tue!!!! smart gilos

-ilhamArman- said...

@Raji:: harga dia Euro249 jer.. kalau dalam Malaysia RM1072.91. hahahaha..

-ilhamArman- said...

@Qamarul:: yup3.. smartkan... siap ada adik beradik mengikut keluaran beetle lg.. **Meleleh

Dayang Fazlyn said...

Mak aiihh.. VW tu wei.. *sbb kite fanatik vw beetle* ekeke..

-ilhamArman- said...

@Dayang::wahhh!!.. ada geng... wink!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...