::Putaran Bumi::

Sunday

Penggunaan Perkataan "Salam" & Perkataan "Akum"

Baru-baru ni (sebenarnya dah lama dah), aku terbaca satu forward note kat Facebook yang cite pasal penggunaan perkataan Salam adalah haram dan bermacam-macam lagi dia tulis laa dalam tu, korang baca jer la Cik Nurul (sila rujuk kepada forward mesej yg ditulis dalam blog Cik Nurul yang telah dijadikan sebagai posting beliau & abaikan yang lain).

urm, aku sebenarnya seorang yang sangat sukar nak percaya sesuatu perkara tanpa usul periksa dan aku juga seorang yang agak cenderung dalam melakukan research untuk sesuatu perkara yang aku nak tau kesahihannya..  so aku pn duk laa termenung depan screen PC yang gedabak ni baca satu persatu entri + web.

Hasil yang aku jumpa, sebenarnya perkataan "Salam" ni, tidak salah penggunaannya dalam Islam, maksud aku, ia diterima penggunaannya, tetapi LAGI CANTIK kalau kita menggunakan perkataan "Assalamualaikum", nak LAAGII CANNTIKK, kita menggunakan perkataan "Assalamualaikum Warahmatullah" & yang PALING CANTIK adalah melafazkan "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh".

Salam adalah perkataan arab bermaksud Sejahtera dan ia juga merujuk kepada Selamat Tinggal. Ini dibuktikan oleh para ulama' tafsir yang mengatakan, ucapan Salam apabila dituturkan ia berada di antara dua makna;
1. al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal
2. at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
(lihat; Ahkam al-Quran, Imam al-Jassas, surah al-Qasas, ayat 55). 

“Dan apabila mereka (yakni orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Allah) mendengar perkataan yang sia-sia (dari orang kafir), mereka berpaling daripadanya sambil berkata: ‘Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu. ‘Salaamun ‘Alaikum’ (selamat tinggallah kamu). Kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil” (Surah al-Qasas, ayat 55)

Dalam forward note yang diterima kat atas tu, ia membawa kepada maksud pertama perkataan salam seperti yang telah dinyatakan oleh para ulama' tafsir di atas.

Maka apabila ucapan salam itu dituju/diberikan kepada orang kafir atau orang-orang jahil, maka ia bermaksud mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, yakni kita tidak mahu bersekongkol dengan kesesatan dan kejahilan mereka atau kita membiarkan mereka dengan kejahilan dan kejahatan mereka. Adapun apabila ucapan salam itu diucapkan kepada orang-orang beriman atau kepada ahli-ahli syurga dalam ayat-ayat tadi, maka ia bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan atau memberi penghormatan

Sebarang kemusykilan, Bolehlah merujuk kepada ilmudanulamak dan juga husna. Blog cik Husna diletakkan di sini adalah penerangan bagi maksud perkataan salam.. itu sahaja, segala info yang diberikan boleh diterima tetapi tiada sumber kukuh. Saya percaya sumber itu betul kerana saya sendiri pernah belajar bahasa arab. Ada lagi sumber lain, tapi saya rasa sumber ini dah cukup.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Berkenaan isu perkataan Akum pulaks, kita sememangnya tahu yang perkataan ini adalah tak ada apa-apa maksud, begitu juga semekom, askum dan seangkatan dengannya. Saya cuma mencari kebenaran perkataan Akum itu adakah berasal dari perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’?

Sebenarnya, perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ bermaksud "WORSHIPPER OF THE STARS AND CONSTELLATIONS" dan bukannya "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT". Terdapat kekeliruan dari perkataan "KOKHAVIM" yang bermaksud "BINTANG" dan bukannya "BINATANG". Manakala, di dalam bahasa Herbhew @ Ibrani, ia sepatutnya di baca  ‘OVDEI Kokhavim U Mazzalot’ dan bukannya ‘AVDE Kokhavim U Mazzalot’. kalu dibaca secara pendek, it was OKUM instead of AKUM

sila rujuk video ni: 


-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya di sini, ingin saya tekankan, saya bukanlah cuba menyokong mana-mana perbuatan kaum yahudi, tetapi saya cuma mencari kebenaran sahaja bagi sesuatu perkara.. harap maklum.

Konklusinya di sini, kita janganlah percayakan sesuatu forward message bulat-bulat, kita hendaklah selidik dulu kebenarannya..

p/s: kalau ada lagi kenyataan bersumber dapat menyangkal apa yang saya nyatakan.. saya sudi menerimanya  dengan terbuka hati. 

p/s/s: terdapat ayat yang dicedok dari sumber asal kerana takut lari maksudnya... harap maklum. 


3 comments:

KHAIRUNNIESA said...

Assalammualaikum..info yg menarik..thanks btw..(^_^)

yayalya said...

Bagus info ni, kadang2 kita sendiri keliru yg mana satu benar.. dan banyak sangat percanggahan berlaku.. :)

singgah dr SB

-ilhamvetto- said...

**khairunisa: thanx.. hope dpt laa membantu nnt yer.. sebar2kan ok!.

**yayalya:tul2 yaya.. aperpun kita kena research.. lepas research, last2 kita jugak yang puas hati n dapat tambah ilmu pengetahuan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...