::Putaran Bumi::

Thursday

Cita-cita Ko Apa Erk??

Dulu kecik-kecik selalu kena attack dengan cikgu soalan cepu platinum ni..
Zaman naif-naif tu, seriously memang macam-macam angan-angan muncul, kiranya cita-citalah tu..
Cita-cita pertama aku, nak jadi seorang DOKTOR!!.. hahaha..


ni kira jawapan skema untuk semua budak darjah satu zaman-zaman aku dulu bila diterjah soalan cita-cita.. (cam poyo jer)..

Bila beso sikit, aku berangan pulak nak jadi POLIS!!.. yang ni memang lucu, time tu, aku pilih cita-cita ni sebab aku berperang mulut ngan kawan aku dulu (dah lupa sapa) nak tunjuk mak bapak sapa paling hebat.. time tu ak cakap mak aku ketua polis negara dan aku nak jadi cam mak aku... Bila ingat balik.. bikin malu saja... hahaha...

Pastu aku jadi matang sikit, cita-cita aku bertukar lagi. kali ni aku nak jadi PENSYARAH plak, specific bidang adalah english coz' dulu aku minat mati la subjek ni. Yang paling kelakar, aku ni duk kat depan 20 orang budak kelas aku pun, lutut dah lemah.. ni kan nak suh mengajar depan 100 orang pelajar. silap-silap student usung aku masuk wad sebab pengsan. XD.

Sekarang ni.. satu pun cita-cita aku dulu tak menjadi, tapi last sekali aku tetap jadi orang gak. hahaha. Moga kemunculan aku dalam dunia yang aku tak jangka ni akan memberi aku satu peluang untuk aku bernafas. 


Aperpun, moral of the story, walau apapun cita-cita korang dan korang rasa tidak mampu untuk mencapainya, percayalah pada bakat korang, kerana mungkin bakat korang nanti yang menentukannya.. MACAM AKU!..

Tapi kannn.... cita-cita aku masa kecik tak leh lawan cita-cita akak aku masa kecik.. Dia nak jadi ni...

gambar hiasan.. Peewitt!!
Dia nak jadi ASKAR.. tapi bukan sebarang askar.. tapi ASKAR KOMUNIS!. ko bayangkan cikgu sekolah dia gelak sampai jatuh kerusi... aku sampai sekarang duk sakat dia dengan cita-cita murni dia ni... hahaha....

p/s: kalau betul-betul dia jadi askar komunis... sanggup ke aku bunuh dia demi keamanan negara??? T_T


2 comments:

Anonymous said...

beb . aku nak jadi pelakon . tp dpt tentgn hebat dri ayah aku . hua hua hua .

-ilhamArman- said...

ko nak jadi pelakon???..

ko jadi pelakon pentas blogger boleh la kot... pelakon tunjuk skrip atas sekeping kertas bergelar BLOG.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...