::Putaran Bumi::

Thursday

Hans Hanis Contest: Gunakan Imaginasi Anda


Tetiba rasa cam nak masuk contest ni... =_="
aku pilih Situasi 1, sebab ada nama Lisa Surihani.. hehehe..
Situasi 1 : Hans seorang lelaki yang sangat kacak dan amat meminati pelakon wanita yang berbakat iaitu Lisa Surihani. Pelbagai cara dilakukan oleh beliau untuk cuba memikat Lisa Surihani. Sebut sahaja apapun pasti telah dilakukan oleh Hans seperti menghantar kad hari raya, kad hari jadi, hadiah misteri sehinggakan kepada berjumpa bomoh - bomoh hebat di kampung. Pada suatu hari, sahabat si Hans memberitahu terdapat seorang bomoh hebat nun di sebuah kampung sana yang mampu membantu beliau untuk mencapai cita - citanya itu.......
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah mendengar akan kehandalan bomoh itu dari sahabat beliau, Hans mula merasa yakin yang bomoh itu mampu untuk membantu merealisasikan impian beliau.. 

"Aku mesti berjumpa dengan Bomoh itu". Itulah ungkapan hati kecil beliau di ketika itu.

Hans percaya cinta beliau terhadap Lisa Surihani adalah cinta mati, bukannya main-main. Setelah 2 hari merantau dengan motor kapcai kesayangan beliau, akhirnya Hans sampai jua ke perkampungan Janda Gedik, tempat bermastautinnya bomoh terhangat di pasaran itu. 
Tanpa berfikir panjang Hans terus bertanyakan arah dari seorang janda berhias ke rumah Bomoh Matjoe, Bomoh yang akan merealisasikan impian beliau.

Setelah 20 minit berjalan, setelah segala semak samun, anak sungai dan lopak denai dilalui, akhirnya Hans sampai laa ke rumah Bomoh Matjoe. Beliau disambut di muka pintu oleh Juestan, isteri kepada Bomoh Matjoe yang menyeringai tersenyum dengan gigi sedikit rongak dan sireh di mulut apabila melihat kelibat beliau.

"Masuk ler.. Laki aku kat dalam nun haa.. ngah lawan PES ngan Siti Norhaliza".. kata Juestan dengan sedikit air liur tersembur.

Dengan sopan ala-ala gadis melayu terakhir, Hans masuk dan duduk di beranda rumah Bomoh Matjoe. 

5 minit kemudian..
Seorang lelaki tua dan kacak, sekacak Brad Pitt dan Frank Lampard muncul di muka pintu..

"Aduh!!, Ganteng bangat.." terkeluar loghat Indon Hans, terpesona dek kehenseman Bomoh Matjoe..
"Ko datang ni nak lawan PES ngan aku ker?" kata Bomoh Matjoe
"Erk!!!..tak laa tok!, saya datang ni, nak minta tolong skit tok!.." uja Hans
"Tolong bomohkan seseorang untuk saya" uja Hans lagi
"sapa? jangan cakap Britney Spears, tu bakal bini aku next year!" kata Bomoh Matjoe dengan mata membulat.
"ish! takdelaa tok, saya nak minta tolong tok bomohkan Lisa Surihani supaya dia terima cinta hati saya tok. Dah macam-macam cara saya buat tok, tapi masih lagi takde apa-apa hasil". Cerita Hans dengan panjang lebar.
"Aku boleh bomohkan budak pompuan tu, dengan syarat ko kasi aku ayam masak kicap 5 ekor, air hingus badak sumbu 2 gelen, air basuh kaki Farid Kamil 1 Jag dan paling penting gambar budak pompuan tu"..
"Itu semua beres tok!, saya dah sediakan semuanya, ada dalam raga motor kapcai saya nun ha.. ni plak gambar awek saya tu tok". Sambil menghulurkan sekeping sampul surat berisi gambar...

selepas itu, terkumat kamitlah mulut Bomoh Matjoe membaca mantera sambil terhingguk-hingguk kepala mengikut irama lagu System of a Down yang didendangkan oleh Juestan kat dapur..

"FUUUUUUUUUUUUUUUHHHH"

"Opah ko meletup cantik!!"..Hans melatah setelah Bomoh Matjoe menyembur air liur ke muka beliau..
"celaka punya orang tua, nasib ko kacak, kalu tak dah lama aku ganyang muka ko dengan berus besi". bisik hati kecil Hans..
"Aku dah jampi dah, ko pulang laa.. esok gi keje cam biasa"..."haa pengerasnya ko bank in kat akaun Bank Islam aku, bank draft pun aku terima jugak".. kata Bomoh Matjoe dengan muka kerek dan bongkak.

ESOKNYA......

"Hi Hans..."
"Hi!.."jawab Hans dengan Malas.. 
"erks!!.. eh! Hi! Lisa" tetiba nada bertukar menjadi begitu bersemangat.. hati Hans mula berbunga..
"U pergi mana semalam, penat I tunggu u"..
"err! I pergi... errr.... Rumah abang I, Hans Isaac tu haa", bohong Hans..
"U ni sajer jer kan.. tinggalkan I sorang-sorang, kesian I taw, I kesepian bila u takde" kata Lisa dengan nada penuh kegedikan...

"ni pekehal minah ni, tetiba gedik santai semacam jer ni.. umpan dah mengena nampaknya....YES!! YES!!"kata Hati kecil Hans..

"u.. dengar tak I cakap apa tadi?..eeiiii!! u ni benci laa"..
"alaa.. sayang, jangan laa macam tu, I dengar laa.. I cuma terpinga ternampak bulu hidung u terkeluar je tadi".. kata Hans dengan nada romantik cuba memujuk
"u jahat.... !!.. benci..!! benci...!!" dengan ala-ala manja Lisa memukul dada Hans yang bidang itu..

Tidak semena-mena, sedang asyik mereka bergelak ketawa, anak mata mereka mula bertaut. Perasaan gundah gulana mula menghantui diri, dada mula turun naik dengan lajunya.. nafas mula kehilangan rentak iramanya..

"Lisa..." suara lembut penuh pengertian terkeluar dari bibir mungil Hans
"yer.. B" dengan lembut Lisa membalas.

anak mata mereka semakin lama semakin mendekat, 
bibir mereka hanya tinggal jarak satu inci untuk bertaut..
"Lisaa".. Hans mendengus halus.. 

TIBA-TIBA

"Haaaaaaaaannsssss"....satu suara garau memanggil..
"LISAAA"..uja Hans dengan romantiknya..

"LISA KEPALA LUTUT OPAH KO!!!"..
Errrkkss! tetiba mata Hans terbeliak....

"Banyak cantik ko punya muka, ko ingat tapak kaki aku ni apa? tugu negara? yang ko beria-ria nak cium sesangat ni" ngomel Adzlan, teman sebilik Hans dengan muka serabai bangun tidur beliau...

"Kok iye pun berkenan kat Lisa Surihani tu, takkan tapak kaki aku pun ko nak kasi nama Lisa, cermin laa muka too skitt!! tampal bedak dashing 3 botol pun lum tentu Lisa nak kat ko".. ngomel Adzlan lagi dengan penuh kegeraman..

"dah bangun pergi kuliah!!!... ko ingat aku ni amah ko ke nak mandikan ko pepagi buta ni."tambah Adzlan lagi.

Dengan muka tebal 4 inci setengah.. Hans blah pergi bilik air......
"Adeeiii!! Mimpi ropanya... Frusstttttt!!!" jerit Hans dalam hati.   
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

**tetiba aku rasa cam pelik jer cite aku.. huhuhu..


Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-

2) Adzlan (RM20) 
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

6 comments:

hans said...

hahahahaa
dah baca
bomoh selera western tak tahan tu
lucu juga..heheheheh
moga berjaya yer

yups...
pasal syarat - syarat contest, ada beberapa lagi yang tak lengkap :-

1) Kamu copy jer code banner yang saya letak dekat entry contest saya tu dan paste dekat entry contest kamu serta sidebar blog kamu

2) Dan selalu alert tentang penaja baru yer...

apa2pun thanks join dan memberi sokongan kepada contest saya
heheheheh
(^_^)Y

-ilhamArman- said...

1: banner too nanti akan di edjas!.. huhu...
2: kalu ada lagi penaja baru.. maka citer ni makin panjang laa nmpknya... kih3

NurAfirah FieSwief MdLatif said...

-ilhamvetto-

hahahahaaha.. menarik gk cite awk...
klakar.. hehehehe

:))

gud luck ea.. :)

-ilhamArman- said...

Afirah: huhuhu.. tah laa rasanya ada lagi citer yg best kot.. nanti saya baca citer awak.. kompem lagi best kot!

Jue said...

kpg janda gedik ktnyer
wa jd janda berhias?care2~ hehehe
best cite nie
simple & padat
ending pun sesuai
yg xthn tok moh nak ngan britney tuh hehehe

-ilhamArman- said...

@jue:: hahaha.. kampung janda gedik dekat2 ngan kg janda berhias.. :P

--->u bkn janda berhias laa, u bini tok moh matjoe.. hehehe...

--->huhu.. cite sy xleh lwn cite yg len.. sume lg mantap laa... huhu

btw, thanx coz baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...