::Putaran Bumi::

Friday

Ungunya Cinta


Menatang haper Ungunya Cinta ni?

Sebenarnya, tadi aku dan adik aku kebosanan dan mula laa main tekan-tekan butang remote Astro. Sekali aku secara tak sengaja terpaut nak tengok cerita Ungunya Cinta. Aku pun layan jer laa.. tak sangka plak boleh tahan jalan cerita dia.. huhuhu...

Cerita arahan Michael Ang dan skrip oleh Amor Rizan ni adalah cerita kisah cinta remaja yang ala-ala light untuk kita tengok laa. Mengikut Michael Ang, dia nak mengembalikan zaman kegemilangan filem Azura dan Ali Setan tapi memberi satu suntikan nafas baru pada filem tersebut. So sempena Valentine Day (Para Muslimin sila jangan sambut, haram di sisi agama), filem Ungunya Cinta di pertontonkan.

Poster Ungunya Cinta
Filem ini dilakonkan oleh Leez AF4 sebagai Ungu dan Shaarnaaz Ahmad sebagai Andi a.k.a Beruk. haha...(gelaran Ungu kepada Andi). Turut dibantu oleh Didie Alias sebagai ibu Andi dan Sharifah Shahira sebagai ibu Ungu. Ia mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai 'anak orang kaya yang panas baran dan perengus'. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi.

Thumbs up!.  Good Job!.  aku rasa mesej dia sampai kat aku...
aku ada jugak view blog lain yang komen pasal lakonan Shaarnaz mantap!.. (iyer laa to.. pompuan... pantang jumpa yang dahi licin jer, terus terpikat.) bagi aku sebenarnya aku merasakan Sharifah Shahira yang menghidupkan cerita itu. Dia lagi mantap sei.. pelakon lain pun mantap gak tapi aku rasa watak Sharifah Shahira sebagai mak Ungu yang lagi mencapap!.. aku teruja tiap kali melihat watak Sharifah Shahira dalam cerita ni, siyes kelakar.. hahaha...

Aku pun sebenarnya suka gak dengan jalan cerita dia dan aku merasakan ia menepati ciri-ciri konsep cinta remaja ala santai-santai dan menggunakan bahasa or dialog yang ringan. Orang cakap, tak yah banyak berfikir laa bila tengok cite ni. Agak sesuai bagi aku yang baru pulang bekerja dan dalam mood kepenatan untuk melihatnya. 

Sebenarnya ada jugak part yang aku tak suka dalam cerita ni, iaitu part last-last cerita yang aku berpendapat cam kureng skit.. maksud aku stat part Andi jatuh sakit. Aku tak taw apa yang kureng dan aku stil duk fikir coz seolah-olah aku merasakan bahagian itu sedikit tergantung.

Overall citer ni Two Thumbs Up! bagi aku... PHEWIIITT!

2 comments:

Niesa said...

haa...cite 2 mmg best!rugi xtgk.. =)

-ilhamArman- said...

khairunniesa: siyes best.. syok tengok sebab jalan cite dia ringan jer.. huhuhu..

rugi jer niesa xtgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...