::Putaran Bumi::

Wednesday

Super Juniors vs Michael Buble

----> Ni situasi kat tangga..

Sorry... Sorry.. Sorry.. Sorry..
Naega Naega Naega Munjuh......
(Dengan mood terkinja-kinja)

Ape ke hal kawan aku ni sorang, giler ke haper, tetiba je terhingguk-hingguk satu badan sambil bawak beg besar. Dengan muka separa kacak aku tanya "Ko nak gi mana?". Dua patah jer dia jawab "balik umah!". Aku senyum dan seperti biasa berpesan "Bawak balik makanan lebih skit.".hehehe. Itu ungkapan peberet aku buat kawan-kawan aku yang balik umah.

----> Ni situasi kat Mall plak..

"Eh! Wawa, pehal tergopoh ni?..". 
"Buble, buble!! BYEEE!!"..  Wawa jerit sambil berlalu..
Aku pun terpinga-pinga berdiri kat situ, konon aku faham la sangat pekebenda minah ni bebel..


Sorry.. Sorry.. Sway.. Sway.. OoOo. Yeah!..

Aku balik umah, aku tanya kawan aku perihal perangai si Wawa. Seriously, aku memang tak puas hati kot dengan perangai buang tebiat dia tadi. Last-last kawan aku cakap, wawa nak pi konsert Michael Buble. Aku dah start nak menjerit dah!. Giler!! Michael Buble kot.. 

Aku pun google laa. Sekali aku tengok, Michael Buble buat Konsert Crazy Love Tour pada 13 Mac 2011. Aku dah nak menjerit dah, sebab Michael Buble ni leh kata peminat aku laa.. eh!! aku minat dia.. hehehe. Seriously, aku nak pergi sebab konsert ni berlangsung kat Stadium Melawati, Kuala Lumpur kot.... TAPIIII... bila tengok harga tiket beliau, telan air liur aku!... RM250 (paling murah), RM335, RM435, RM690, RM850, RM898, RM998 dan paling mahal RM1098. T_____________________T.
*rujuk kat SINI

tetiba dalam google search tadi, aku terpandang sesuatu yang menarik minat aku.....

APAKAH...... melebih plak

Rupanya, ada satu konsert lagi pada bulan Mac iaitu pada 19 Mac 2011. Konsert Penggila Suju, Super Junior The 3rd Asia Tour Live In Malaysia 2011. Giler kentang... Patut la kawan aku tu beria nak balik, almaklumlaa dia peminat Korea Tahap Dewa!.. Aku hanya gelak, bila aku teringat balik perangai dia tadi. huhu..

Pastu ada keratan akhbar aku baca tentang jualan tiket ke Konsert Super Junior, pergh!.. bayangkan dalam masa 4 Jam boleh jual 90% tiket. Kagum betul aku dengan rakyat Malaysia, Singapura, Thailand & Indonesia yang mari nak tengok Konsert Super Junior ni, diaorang sanggup datang dua hari lebih awal, sanggup tak pergi tandas dan siap bungkus makanan semata-mata nak beli tiket. Siap ada yang sanggup karaoke sampai pukul 4 pagi kat Sungai Wang Plaza. Agaknya nak praktis lagu super junior kot... XD.

Bila sampai hari jual tiket, peniaga kat Tingkat 6 mengamuk sebab tak leh buka kedai disebabkan peminat Super Junior serbu nak beli tiket.. Kagum.. Kagum.. tak cayer??? nah! amik baca.. SINI

Bulan ni kiranya ada DUAL konsert Michael Buble vs Super Juniors.
Agak-agak mana satu laaa yang gempak!... huhuhu....

**menunggu khabar gembira dari teman-temanku..


8 comments:

misz myza said...

mestilah super junior... hehehehhee.. tp x gi pun.. sbb ape... sbb tiket mahal gilakkkk...

SyedGraphiX said...

eeee..ape ni ape ni... ilham habat.. uwekkk

Qamarul said...

arghhhhh bile Mr.Big plak nak dtg malaysia!!!!!!!!!!!!!!

-ilhamArman- said...

@misz myza:: huhuhu.. seronok dia punya konsert.. hahaha....

@Syed:: ko dah kenapa??? pasni aku nak menggeli kat blog ko plaks!..

@Qamarul:: Mr.Big?.. like3... hahaha

Fara Miina said...

Super Junior Daebakk !! :))

-ilhamArman- said...

@Fara Miina:: Buble Terbaek!.. ekekeke...

Raji berkata said...

hahahaha buble bye
mcm gedik jer ckp cmtu =.="

-ilhamArman- said...

@Raji::hahaha!. siyes time too cam ternganga kot mulut. hahaha!. kalu cakap MICHAEL BUBLE kan senang.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...