::Putaran Bumi::

Thursday

Artikel Fitnah! Apa Hak Aku?


Sejak Akhir-akhir ni, banyak sangat cerita berkenaan dengan artikel yang diposkan berunsur fitnah, memalukan dan menjatuhkan maruah!.. Kekadang aku tengok mangsa seolah-olah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa selain bersedih, bermuram durja dan seangkatan dengannya... 

Aku just nak kasi sedikit cerita berkenaan isu ni dan hak kamu dalam perspektif undang-undang. (Ini bukanlah lengkap sangat tetapi cukup untuk memberi gambaran pada mereka).

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut bahawa kita mempunyai hak kebebasan bersuara, tetapi harus diingatkan hak ini bukan kebebasan mutlak, maksudnya ada sesetengah perkara kita tak boleh tak boleh bersuara sewenang-wenangnya, contohnya sesuatu isu yang mampu membawa kepada fitnah dan hasutan sekaligus membawa kepada negara menjadi huru-hara.

Fitnah!!! adalah sesuatu kenyataan yang ditulis oleh seseorang itu boleh menjatuhkan reputasi seseorang yang dan mengundang benci kepada masyarakat setelah kenyataan itu dikeluarkan. Contohnya: 

"Azroy tulis dalam blognya bahawa Ghani adalah seorang "PEROGOL BERSIRI" dan Komuniti Sahabat Blogger membaca kenyataan itu, terus percaya yang Ghani memang perogol bersiri dan memulaukan serta memandang serong pada beliau".


Untuk membuktikan bahawa sesuatu fitnah terjadi, Ghani kena buktikan tiga elemen utama fitnah wujud.

1 - Fitnah itu adalah merujuk kepada Ghani.
Maksudnya disini, kenyataan PEROGOL BERSIRI itu mesti dibuktikan bahawa ia merujuk kepada Ghani, jikalau nama si mangsa ditulis terang-terangan, sememangnya tiada masalah untuk dibuktikan tetapi jikalau nama samaran digunakan, contohnya dalam dunia blog ni. Si mangsa kena buktikan bahawa nama itu adalah merujuk kepada beliau.

2 - Kenyataan yang dikeluarkan itu sememangnya fitnah.
Perlu juga dibuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu sememangnya fitnah semata-mata dan Ghani adalah keturunan orang yang baik-baik yang tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan itu.

3 - Terdapat orang ketiga membaca kenyataan itu. (orang ketiga adalah pembaca selain daripada penulis(Azroy) dan mangsa(Ghani)).
Maksunya di sini adalah, kenyataan itu telah dibaca oleh pembaca yang lain. Contohnya pembaca setia blog Azroy iaitu Ahli-ahli Komuniti Sahabat Blogger membaca kenyataan tersebut dan secara automatiknya mereka faham isi kandungan blog itu merujuk kepada Ghani. Ahli komuniti Sahabat Blogger di sini haruslah dibuktikan sebagai seorang "manusia biasa", iaitu manusia yang tidak faham hujung dan pangkal berkaitan dengan isu itu dan sememangnya tiada pengetahuan langsung dalam hal ni, akan tetapi apabila beliau membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Azroy, secara automatiknya dia faham Artikel itu merujuk kepada Ghani.

Lupa nak cerita, Fitnah ada dalam dua bentuk, iaitu:

##Libel 
Kes fitnah yang tidak perlu membuktikan bahawa dia telah mengalami kemudaratan atau keaiban disebabkan oleh sesuatu kenyataan fitnah yang ditujukan kepadanya itu. Libel merupakan suatu bentuk fitnah berbentuk tetap, seperti tulisan. (Kalau fitnah dalam blog, jatuh dibawah kategori ni).. 

##Slander 
memerlukan pembuktian kemudaratan sebenar yang dialami oleh pihak mangsa. Seperti mangsa telah dipecat daripada kerjanya atau rakan kongsinya telah menarik diri daripada berkongsi perniagaan dengannya dan sebagainya disebabkan fitnah tersebut. Slander adalah fitnah berbentuk tidak tetap atau tidak kekal, seperti ungkapan. 

Pergh!!.. panjang jugak aku membebel rupanya.. pasni leh dah aku ganti Karpal Singh!.. hahaha...
Harap-harap dapatlah aku tolong mereka yang dalam ke"blur"ran.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...