::Putaran Bumi::

Wednesday

Derma Darah ke Derma Dara?

Pagi-pagi lagi abang ipar aku kejutkan aku bangun tidur pukul 11 kira pagi la kot, dia cakap "Jom! pergi hospital, doktor call suruh derma darah". Aku termamai mendengar perkataan DARA bukan DARAH. Aku sound balik "aku jantan bermaruah!". Lepas aku cakap baru aku perasan aku lalok!.. XD.

Teringat bila mula-mula aku derma darah dulu, aku seorang yang takut jarum sebenarnya, tetapi sampai sekarang aku dapat ramai feedback penuh dengan tanda soal pasal macam mana aku seorang yang takut jarum boleh menderma darah. :P. 

Dulu semasa mula-mula menderma, aku punya jantung macam nak terkeluar dari dada. Aku ingat lagi, masa itu, aku tahun akhir Diploma. Ini semua gara-gara aku teringin sangat nak tahu jenis darah aku, memandangkan setiap kali aku mengisi borang yang memerlukan aku menulis kumpulan darah, aku dengan sukacitanya letak jenis A sebab aku nak jadi budak cemerlang. XD. Sumpah! aku cakap, ni alasan paling superb aku ada masa tu.. Ok! Cukup gelakkan aku!.

Semasa check tekanan jantung aku, memang tak normal sebab aku gemuruh tahap gaban!. Mahu tidaknya aku gemuruh, bila terfikirkan jarum yang tebal dan panjang


tu.Ok! aku nak nangis sebenarnya. 3kali, tekanan jantung aku di check, baru lega sedikit dan boleh teruskan ke peringkat seterusnya. Di pendekkan cerita, aku jadi makin tak keruan bila jururawat pertama nak cucuk jarum kat lengan aku. Korang bayangkan bila jururawat nak cucuk je, budak yang duk katil sebelah aku jatuh terjelopok sebelah katil aku. Boleh pulak aku tolak jururawat pertama tu dan bangun dari katil dan angkat budak tu letak atas katil aku. Yang macam bangangnya, aku terlupa alat yang jaga blood pressure (tak dapat recall nama apa) ada kat tangan aku, automatik aku heret sekali semasa tolong budak tu. Sedar-sedar aku tengok jururawat kedua yang jaga blood pressure aku tu tengah duk gosok-gosok tangan dia.  Rupa-rupanya aku tertarik jururawat kedua tu sekali terbungkam jatuh atas katil aku selepas aku bangun berdiri. Adehh!.. Sumpah aku popular 2hari gara-gara insiden tu.

yang kaler kelabu tu, alat blood pressure, kalu korang tak kenal laa..
Sekarang ni, walaupun aku masih takutkan jarum tapi aku masih menderma darah tapi dengan syarat aku tak tengok adegan mencucuk jarum ke dalam lenganku. Hari ini aku baru mendaftar sebagai penderma Aferesis. Aferesis ni bermakna pendermaan satu komponen darah sama ada plasma, platelet atau kedua-duanya sekali.

Pak cik yang sedang menderma aferesis.
**pakcik yang pemurah harus direspek dia punya privasi. :)
Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Manakala platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri. 

Bagi pendermaan jenis ini, sel darah merah akan dikembalikan ke dalam badan menggunakan mesin khas.
Mesin yang digunakan untuk menderma Aferesis
Aku tak mampu untuk menderma puluhan juta ringgit macam sesetengah orang-orang kaya lain. Aku harap aku mampu menyumbang dari sudut ini. Kepada kawan-kawan kat luar sana. Jom menderma darah!. : ). Itupun kalau korang semua cukup kriteria ini. SENYUM.

7 comments:

faiz said...

xpernah derma lg..time study dulu bdn kurus skit..so,takut xcukup berat..

Nobita Sensei said...

apa salahnya derma..kahkah

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

cet.. lame gak ak x p derma ni..
ohb pathetic tol

-ilhamArman- said...

@faiz:: derma la wei.. badan kurus xper janji berat 45kg ke atas.. jgn plak ko cakap takut jarum..

-ilhamArman- said...

@Nobita Sensei:: Suka ko derma dara erkk!... hahaha...

@FaizalHarnis:: huhuhu.. derma jgn xderma.. mana taw tubuh ko bnyk darah dari bnyk lemak.. hehehe...

Raji berkata said...

tahu xpe aku pun cuak gle =.=
hahaha darah dia ambik byk lak tuh
ngahaha xD

-ilhamArman- said...

@Raji:: bro, aku takut jarum kot!. Macam nak luruh jantung bila tengok jarum yang beso tu. tp nak buat camne, keinginan mengatasi segala-galanya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...