Pagi-pagi lagi abang ipar aku kejutkan aku bangun tidur pukul 11 kira pagi la kot, dia cakap "Jom! pergi hospital, doktor call suruh derma darah". Aku termamai mendengar perkataan DARA bukan DARAH. Aku sound balik "aku jantan bermaruah!". Lepas aku cakap baru aku perasan aku lalok!.. XD.
Teringat bila mula-mula aku derma darah dulu, aku seorang yang takut jarum sebenarnya, tetapi sampai sekarang aku dapat ramai feedback penuh dengan tanda soal pasal macam mana aku seorang yang takut jarum boleh menderma darah. :P.
Dulu semasa mula-mula menderma, aku punya jantung macam nak terkeluar dari dada. Aku ingat lagi, masa itu, aku tahun akhir Diploma. Ini semua gara-gara aku teringin sangat nak tahu jenis darah aku, memandangkan setiap kali aku mengisi borang yang memerlukan aku menulis kumpulan darah, aku dengan sukacitanya letak jenis A sebab aku nak jadi budak cemerlang. XD. Sumpah! aku cakap, ni alasan paling superb aku ada masa tu.. Ok! Cukup gelakkan aku!.
Semasa check tekanan jantung aku, memang tak normal sebab aku gemuruh tahap gaban!. Mahu tidaknya aku gemuruh, bila terfikirkan jarum yang tebal dan panjang