::Putaran Bumi::

Sunday

Sayang Lelaki itu...

tajuk mahu gempak.. tapi apa ada pada tajuk? sekadar melariskan cerita..
ok! back to the topic...

sebenarnya aku cuma mahu berkongsi cerita dari satu persoalan...
SALAHKAH LELAKI MENYAYANGI LELAKI?
memang tajuknya agak klise tapi apa yang aku ingin katakan di sini adalah sayang sebagai kawan. tak kisahla sayang sampai tahap kembar siam pun.. selalunya perempuan memang tak boleh terima apabila lelaki mengutarakan perasaan sayangnya pada lelaki lain. Ayat akan keluar usually "EEUUUWWWW!! SOUND TOO G**".. what's the problem?? salahkah seorang lelaki mengutarakan rasa sayangnya pada sahabat beliau?. Takkan dengan meluahkan rasa kasih sayangnya, otomatik dia akan berubah sexual orientation... takkanlah kasih sayang hanya untuk awek atau family jer kot.. banyak lagi kasih sayang yang boleh diluahkan oleh seorang lelaki, even pada kawan-kawannya. 

Bagi aku benda ni tak der salah langsung, aku dah biasa melihat perkara ini. Bukannya mereka nak buat benda yang melampaui batas agama pun, cuma mengutarakan rasa sayangnya pada sahabat. Kekadang manusia mahu dihargai, ini juga salah satu penghargaan dari seorang sahabat yang menganggap dirimu amatlah berharga.. macam iklan laa plaks. Kekadang aku merasakan mentaliti orang zaman sekarang ini terlalu ortodorks. Tak dapat terima sesuatu pembaharuan.

so untuk mereka di luar sana yang berfikiran sempit.. lantak korang laa nak cakap apa pun...  aku cuma nak cakap:

AKU SAYANG KAWAN AKU!!! HUG!!!                      **(biar meremang skit bulu roma korang)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...